Buletin

BMW MALAYSIA LANCAR 330Li M SPORT VARIAN LWB. HARGA BERMULA RM300,800

BMW Malaysia memperkenalkan jentera sedan eksekutif kompak terbaharu BMW 330Li M Sport.

BMW 330Li M Sport merupakan BMW 3 Series dalam varian jarak tapak roda panjang (long wheelbase) yang pertama dipasang secara domestik (CKD).

Jentera terbaharu yang ditawarkan dalam dua warna iaitu putih (Mineral White) dan hitam (Carbon Black) itu dijual pada harga bermula RM300,800.

Dengan ukuran panjang keseluruhan 4,819mm, tinggi 1.441mm manakala jarak tapak dipertingkatkan kepada 2,961mm, ia sekali gus membezakan BMW 330Li M Sport berbanding BMW 330i M Sport secara visual.

BMW 330Li M Sport yang menampilkan rekaan sporty didatangkan dengan pakej M Aerodynamics dan M Sport Packages. Di samping gril kidney berwarna hitam dipadankan perumah krom serta lampu hadapan LED Adaptif yang boleh dilaras secara automatik mengikut keadaan jalan.

Selain itu, rekaan siluet serba dinamik baharu, sentuhan BMW Individual High-Gloss Shadow Line umpama coupé pada garis bumbungnya menyerlahkan lagi sisi elegan jentera itu.

Ciri-ciri luaran yang melengkapkan BMW 330Li termasuklah set roda aloi ringan bersaiz 18 inci Double-Spoke 848 M dwiwarna dibalut tayar bercampur dan tayar ‘run-flat’. Selain kemasan paip ekzos dwisisi berbentuk trapezium, bumbung kaca panoramik dan karpet aluan bercahaya di kedua-dua sisi.

Ruang dalaman pula menampilkan ambien serba moden dan mewah dengan kemasan Aluminium Tetragon serta Pearl Chrome.

BMW 330Li dilengkapi stereng kulit M, pedal M-specific, lampu ambien dengan 11 pilihan pencahayaan, penyaman udara automatik dan hamparan lantai velor.

Bahagian ruang kepala ditingkatkan sebanyak 4mm lebih tinggi berbanding 330i M Sport. Manakala penambahan bahagian ruang kaki untuk penumpang belakang pula sebanyak 42mm.

Sedan itu juga hadir dengan ruang bonet berkapasiti 480 liter yang dinaik taraf dengan pakej kompartmen muatan.

Dari segi infotainmen, ia hadir dalam bentuk BMW Live Cockpit Professional dengan paparan instrumen digital bersaiz 12.3 inci, BMW Navigation System Professional yang dipadankan paparan sentuh 10.25 inci dan sistem pembesar suara HiFi.

BMW 330Li M Sport mendapat khidmat enjin petrol TwinPower Turbo empat silinder yang mampu menjana kuasa 258hp pada 5,000 – 6,500rpm dan tork 400Nm pada 1,550–4,400rpm.

Kuasa disalurkan melalui transmisi Steptronic Sport yang membolehkan jentera ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.2 saat dan kelajuan maksimum mencecah 250km/j. BMW 330Li M Sport merekodkan penggunaan bahan api sekitar 6.4 liter bagi setiap 100km.

Dari segi ciri-ciri kemudahan dan bantuan, BMW 330Li M Sport didatangkan dengan kawalan jelajah (Cruise Control) dengan fungsi brek, Bantuan Parkir dengan cermin pandang belakang, serta sistem Keselamatan Pejalan Kaki Aktif BMW (BMW Active Pedestrian Safety).

Ia turut dilengkapi bantuan memandu yang merangkumi fungsi-fungsi seperti amaran pengeluaran laluan, amaran penukaran laluan, amaran perlanggaran hadapan, amaran rentas trafik serta pencegahan perlanggaran belakang. Fungsi Panggilan Kecemasan Pintar pula dapat dimanfaatkan untuk memperoleh bantuan pada bila-bila masa.

Para pelanggan yang berminat dengan jentera BMW 330Li M Sport boleh membuat pendaftaran di platform BMW Shop Online melalui https://shop.bmw.com.my/.

Pemilik jentera BMW 330Li M Sport baharu juga dapat merasai pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi Waranti Tanpa Had Perbatuan selama 5 tahun serta Program Servis Berjadual Percuma, Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW, Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW Privileges Card dan Servis Dalam Talian BMW.

GALERI:

Google ads
Back to top button