Buletin

TOYOTA YARIS CROSS – RANGKAIAN KUASA HIBRID, WARNA EMAS BAHARU

Toyota akhirnya mendedahkan beberapa keping foto dan maklumat mengenai model crossover Yaris yang dikenali sebagai Yaris Cross. 

Menawarkan lebih ruang, jarak kelegaan tanah lebih tinggi dan pilihan pacuan semua roda, Yaris Corss akan menjadi ahli keluarga ketiga Yaris aabila ia dilancarkan pada pertengahan tahun 2021 nanti. 

Toyota kini menarakan Yaris kompak dan jentera berkuasa tinggi, GR Yaris. Kelebihan utama Yaris Cross berbanding kedua-dua model itu ialah saiznya. Walaupun tapak rodanya sama iaitu 2,560mm jentera itu 240mm lebih panjang, 200mm lelebar dan 90mm lebih tinggi berbanding Yaris. 

Jika dibandingkan dengan satu lagi crossover kompak C-HR, Yaris Cross tampil dengan rekaan yang lebih konvensional. Sekali pandang ia kelihatan seperti RAV4 versi kecil, lengkap bersama arca roda berwarna hitam. 

SUV itu dikuasakan oleh rangkaian kuasa hibrid yang terdiri daripada enjin tiga selinder 1.5 liter dan motor elektrik berkuasa 116PS

Yaris Cross didatangkan dalam warna emas baharu dan pelanggan boleh memasang rim bersaiz 18 inci untuk menyerlahkan lagi penampilannya.

Ruang kabin kini dilengkapi tempat duduk belakang yang boleh dilipat dengan konfigurasi 40:20:40  dan ruang kargo luas. Toyota juga mungkin akan menawarkan ciri pintu belakang elektrik untuk memudahkan urusan mengangkut barang. 

Toyota merancang untuk membina 150,000 Yaris Cross setahun di kilang Valenciennes, Perancis.

Di pasaran Eropah, ia akan bersaing secara langsung dengan model-model seperti Renault Captur, Nissan Juke dan Ford Puma.

GALERI

Google ads
Back to top button