
TOYOTA LAND CRUISER LC300 BERSAIZ BAYI MUNCUL DI CHINA – SABAR LA NAK
Kalau tengok sejarah model-model yang diciplak oleh China senarainya memang sangat panjang. Sebelum ni Toyota Tundra dan mangsa terbaru ialah Toyota Land Cruiser LC300. Lawa tak? Sekali tengok nampak cute, tengok sekali lagi rasa nak terajang terus.

Imej SUV bersaiz mini ini mula tular melalui laman media sosial China, Weibo. Ia menunjukkan imej sebuah Land Cruiser yang dikecilkan beberapa kali ganda dan kelihatan akan menyakitkan mata yang memandang.
Tak banyak dikongsi mengenai spesifikasinya dan satu perkara yang masih menjadi tanda tanya ialah sama ada kereta ini akan diproduksikan ataupun model one-off. Mungkin ia sebuah show car untuk produk aftermarket. Siapa tahu kan?

Nama syarikat pun tak ada kecuali tulisan ‘Kuluze’ di bahagian belakang. Bunyi pelik tapi bila disebut berulang kali hampir sama pulak dengan perkataan ‘Cruiser’ dalam pelat China. Haiyaa, nama pun kena tilu ka?
Persamaan dengan Land Cruiser sebenar jelas kelihatan di bahagian depan dan belakang Cuma saiznya lebih kecil. Lampu pun sama dan lengkap dengan lampu nyalaan siang LED.
Dilihat dari sisi lagi mengerikan. Walaupun kecil kelegaan buminya hampir menyamai Land Cruiser sebenar tapi bila dilihat saiz tayar dan rimnya punyalah kecil macam tayar kereta sorong jual burger depan rumah Abang Japar.
Kalau korang banyak sangat masa lapang bolehlah tengok-tengok gambar kereta ni sambil mengutuk.







