SHENGSHI GK350 CIPLAK HONDA CB300R?
Jenama China sentiasa dihujani kecaman kerana didakwa menciplak reka bentuk daripada jenama terkenal global.
Tidak kira sama ada ia merupakan fesyen, elektronik mahupun kenderaan.
Bahkan, model motosikal sekali pun dikatakan tidak memiliki rekaan asli dan mencedok hasil daripada jenama terkemuka dunia.
Bagaimanapun, untuk tidak bersikap berat sebelah, terdapat beberapa pengeluar motosikal China yang terkenal meningkatkan usaha dengan menghasilkan rekaan asli dari segi penggayaan dan mekanikal dalaman jentera.
Pendekatan tersebut merupakan langkah besar dalam memperbetulkan pengilang-pengilang di negara terbabit secara menyerluruh.
Begitupun, masih terdapat penciplak menonjolkan diri mendedahkan ‘hasil karya’ mereka.
Terbaharu, jentera Shengsi GK350 yang dikatakan menyerupai Honda CB300R.
Jentera menampilkan rekaan neo-retro itu seolah-olah mendapat “ilham” daripada roadster naked Jepun terbabit termasuk pada pelindung tangki bahan api, bahagian belakang dan lampu utama LED berbentuk bulat.
Beberapa faktor membezakan Shengsi GK350 ialah pada rekaan seperti rim dan pelindung brek bahagian hadapan yang mendapat sentuhan gaya enduro.
Selain itu, Shengsi turut mengambil keputusan menambah ciri-ciri premium termasuk sistem pemantauan tekanan tayar, sambungan Bluetooth, suis backlit dan pencucuhan tanpa kunci.
Shengsi GK350 mendapat khidmat enjin silinder tungga 350 cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api yang mampu menjana kuasa 39 hp.
Motosikal baharu itu kemungkinan akan dijual secara eksklusif di pasaran China sahaja. – rideapart