Motosikal

MOTOGP: ROSSI DEDAHKAN RUTIN ROMANTIK PRA-PERLUMBAAN – DENGAN SIAPA AGAKNYA?

SHARE

Sebagai bekas juara dunia 7-kali tentu ramai yang menyangka Rossi mempunyai rutin pra-perlumbaan yang cukup ringkas dan serius bukan? Tapi sebenarnya perkara sebaliknya berlaku kerana Rossi mendedahkan rutin yang dilakukan beliau setiap kali sebelum berlumba.

Dalam satu temuramah bersama rancangan televisyen Itali Che Tempo Che Fa (ini bukan nama saudara mara Che Ta okey), pelumba berusia 39 tahun itu mendedahkan beberapa langkah yang dikira romantik diambil beliau setiap kali sebelum berlumba untuk memastikan beliau sentiasa berada dalam mood yang positif.

Tapi yang peliknya, Rossi bukannya menghabiskan saat romantik bersama teman wanita sebelum berlumba tetapi sebaliknya dengan jentera MotoGP Yamaha itu sendiri. Dengan kata lain beliau meluangkan masa dan meluahkan perasaan kepada jentera M1. Ah parah budak Rossi ni.

Rossi sebenarnya menyimpan semua jentera Yamaha yang telah memberikan kemenangan dunia kepada beliau.

BACA: JENTERA KTM IALAH SEBUAH MOTOSIKAL YANG SEKSI – ‘BO55KU’ HAFIZH SYAHRIN

Setiap kali sebelum berlumba beliau akan meluangkan masa sekitar 40 minit bersama motosikal beliau dan bercakap dengan lemah lembut seperti korang tengah bertemu janji dengan bini korang sebelum kahwin. Dah kahwin mestilah lain cerita ye tak?

Walaupun bakal mencecah usia 40 pada tahun ini tetapi nampaknya kelajuan Rossi sedikit pun tidak menurun. Jangan kata anda, Rossi sendiri sebenarnya tidak menyangka yang beliau akan berlumba sebegini lama.

Malah beliau sendiri tidak pernah menyatakan yang beliau akan bersara pada usia 40 tahun. Kenapa? Kerana menjadi pelumba adalah impian beliau sejak kecil. Mana boleh nak tinggalkan impian macam tu saja.  

Mungkin ramai yang mengatakan prestasi Rossi semakin menurun seiring dengan peningkatan usia tetapi beliau masih yakin untuk kekal kompetitif. Rossi juga yakin Yamaha akan kembali di depan jika masalah motosikal berjaya diatasi.

Tags
Google ads
Back to top button