Buletin

SEMUA 19 UNIT FORD RANGER SPLASH EDISI TERHAD HABIS DITEMPAH DI LAZADA SEMPENA FESTIVAL 11.11

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini mengumumkan bahawa semua 19 unit Limited Edition

Ford Ranger Splash telah pun habis ditempah lebih awal sebelum bermulanya Festival Beli-Belah 11.11 Lazada di stor Ford Official LazMall.

“Kejayan pantas hasil kolaborasi dengan Lazada ini menunjukkan bahawa pengguna di Malaysia telah menerima e-dagang dengan sepenuhnya. Ia juga membuktikan permintaan yang kukuh dan keyakinan para pengguna terhadap Ford Ranger ‘Built Ford Tough’ kami.

“Pencapaian ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan daripada para pelanggan kami. Justeru,  kami amat berterima kasih kepada anda semua.

“Kami percaya bahawa para pelanggan mahukan pengalaman unik dan eksklusif untuk kenderaan mereka . Anda kini boleh menjangkakan program yang lebih menarik tidak lama lagi, Nantikan,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Kejayaan besar jualan atas talian ini merupakan detik penting dalam industri automotif tempatan kerana ia menjadi trak pikap pertama yang dijual melalui e-dagang. Ranger Splash juga ialah kenderaan pertama di negara ini yang dijual melalui “Chup Dulu”. 

Mekanisme “Chup Dulu” membolehkan pelanggan menempah Ranger Spalsh lebih awal iaitu dari 28 Oktober hingga 10 November sebelum Festival Beli-Belah 11.11 Lazada.

Google ads
Back to top button