YAMAHA Y16ZR EDISI ULANGTAHUN KE-60 WORLD GP. 5,000 UNIT SAHAJA, BERMULA RM11,688
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru-baru ini memperkenalkan Yamaha Y16ZR edisi Ulang Tahun ke-60 World GP ke pasaran tempatan.
Terhad kepada 5,000 unit sahaja, ia hadir bersma satu kotak premium yang mengandungi sijil penghargaan, World GP 60th Anniversary Premium Tumbler, pin edisi terhad dan rantai kunci untuk setiap pembelian.
Yamaha Y16ZR edisi Ulang Tahun ke-60 World GP dihasil bagi meraikan kecemerlangan Yamaha dalam World GP selama 60 tahun.
“Kami harap dapat memberi peluang kepada pelanggan untuk sama-sama meraikan pencapaian ini dan memiliki set hadiah premium,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Dato’ Dr Jim Khor.
Jentera tersebut didatangkan dengan liveri skim warna merah putih, rim berwarna emas dan emblem Ulangtahun ke 60.
Y16ZR menggunakan baharu empat lejang dengan sistem penyejuakan cecair SOHC bersesaran 155cc bersama sistem Variable Valve Actuation (VVA). Enjin berkuasa 17.7hp dan tork 14.4Nm itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan baharu.
Sama seperti kebanyakan model-model terkini Yamaha, Y16ZR didtangkan dengan sistem Assist and Slipper Clutch yang membantu meringankan tahap beban klac. Sekali gus memudahkan urusan penukaran gear.
Sempena pelancaran model yang istimewa ini, HLYM turut menawarkan koleksi pakaian yang boleh didapati di Genblu Online Shop
Jentera itu sudah berada di semua pengedar sah Yamaha bermula 8 April 2022 dan ditawarkan pada harga RM11,688 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans). Pembeli juga akan menerima kunci cakera brek secara percuma.
- BACA: BOON SIEW HONDA LANCAR RS-X (WINNER X) DI MALAYSIA. RM8,688 SEUNIT!
- BACA: SHIFTBOSS 2.0 – QUICKSHIFTER MURAH UNTUK MOTOSIKAL ANDA. RM250 SAHAJA!
- BACA: YAMAHA Y16ZR VVA 2021 RASMI DILANCARKAN. 17.7HP, KEYLESS, BERMULA RM10,888!
- BACA: HLYM PERKENAL YAMAHA Y16ZR VERSI DOXOU. TERHAD 5K UNIT SAHAJA, RM11,688
GALERI