Artikel Pilihan

PEGAWAI POLIS LARIKAN DIRI SELEPAS DITAHAN LANGGAR HAD LAJU – POLIS LAWAN POLIS EH?

Kalau korang rasa polis boleh memandu dengan suka hati bila memandu kereta peronda itu memang tanggapan yang silap. Tapi memang ada anggota polis yang memandu macam nak masuk rali dunia. Seorang pegawai polis di Orlando telah menerima padah akibat memandu dengan kelajuan 129 kmj di zon had laju 72 kmj. Beliau kini digantung tugas dan berhadapan dengan tindakan tatatertib selepas ditahan anggota lain dan melarikan diri dari sekatan.

Alexander Shaouni dari jabatan polis Orlando didapati memandu Ford Interceptor SUV polis dengan melebihi had laju sebelum bertembung dengan seorang timbalan sheriff Seminole County. Sebaik menyedari Shaouni memandu dengan laju tanpa menyalakan lampu amaran dan membunyikan siren, kejaran segera dilakukan oleh timbalan sheriff.

Sewaktu kejaran dimulakan, timbalan sheriff memaklumkan kepada bilik kawalan yang kejar mengejar mencecah 160 kmj sebelum berjaya merapatkan jarak dengan saspek.

Shaouni berjaya ditahan berhampiran simpang tetapi menyatakan yang beliau dalam perjalanan ke tempat bertugas. Oo jadi boleh pandu laju la ya? Shaouni kelihatan bertegas yang beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Timbalan sheriff menjelaskan beliau ditahan kerana memandu melebihi had laju dan meminta kad pengenalan Shaouni. Shaouni bagaimanapun memilih untuk melarikan diri daripada menyerahkan kad pengenalan beliau. Kononnya macam dah lewat sangat la nak masuk kerja.

Tapi Shaouni dah payah bimbang masuk kerja lewat selepas ini sebab beliau memang dah digantung dari tugas sehingga siasatan dalaman selesai. Rasa-rasa boleh jadi polis lagi ke kalau didapati bersalah.

New York melaporkan yang Shaouni dikenakan tuduhan engkar arahan pihak berkuasa, memandu cuai dan melarikan diri dari pihak berkuasa dengan lampu amaran dan siren yang diaktifkan.

Tu la, lain kali kalau nak pandu kereta polis dengan melulu main games dah la wei. Lagi satu biasanya di AS kedudukan sheriff lagi tinggi dari polis tempatan. Sila respek sikit.

Google ads
Back to top button