Buletin

SETIAP JAM, SEORANG RAKYAT MALAYSIA PILIH PROTON E.MAS 7

Sejak mula dihantar kepada pelanggan pada Januari 2025, Proton e.MAS 7 telah menjadi antara pilihan utama rakyat Malaysia dalam segmen kenderaan elektrik.

Dalam masa hanya empat bulan, sebanyak 2,716 unit model ini telah berjaya diserahkan, satu pencapaian yang membayangkan bahawa hampir setiap jam, ada seorang pemilik baharu memilih e.MAS 7.

SUV elektrik sepenuhnya ini terus menunjukkan prestasi kukuh di pasaran, dengan 863 unit lagi dicatatkan berada di jalan raya hanya untuk bulan April.

Dengan penguasaan pasaran mencecah 26 peratus untuk empat bulan berturut-turut, Proton e.MAS 7 bukan sekadar mencuri tumpuan, malah menjadi penanda aras baharu dalam kategori EV tempatan.

Bagi menyokong lonjakan permintaan ini, PRO-NET terus memperkasa prasarana sokongan melalui pelan Peta Pengecasan Langsung Bersepadu.

Sehingga kini, lebih 2,500 titik pengecasan telah tersedia di seluruh negara, meliputi lebih 90 peratus kawasan Malaysia dan semuanya boleh diakses dengan mudah melalui sistem navigasi kenderaan serta aplikasi e.MAS.

Satu lagi kelebihan untuk pemilik e.MAS 7 ialah penyediaan kemudahan pengecasan di kawasan kediaman bertingkat.

Selain itu, lebih 1,000 pengecas kini tersedia di hampir 400 lokasi pangsapuri dan kondominium di seluruh negara. PRO-NET juga aktif bekerjasama dengan operator baharu bagi memastikan kemudahan ini terus berkembang seiring dengan keperluan pengguna.

Bagi memastikan aspek selepas jualan turut diberi perhatian, pemilik e.MAS 7 boleh mendapatkan servis penyelenggaraan di 24 pusat 3S yang tersedia di pelbagai lokasi, selain mendapat sokongan daripada 10 pusat khas Badan dan Cat.

Perancangan untuk membuka lebih banyak fasiliti seperti ini juga sedang giat dijalankan bagi memberi kemudahan dan ketenangan minda kepada pengguna.

Google ads
Back to top button