Motosikal

SHOEI J-CRUISE EDISI TERHAD ZULFAHMI

Topi keledar edisi terhad Shoei J-Cruise Zulfahmi Khairuddin mencatat sejarah tersendiri apabila sudah habis dijual sebelum ia sempat dilancarkan secara rasmi. 

IMG_2653

Baru-baru ini, Pengedar rasmi topi keledar jenama Shoei di Malaysia, Sinar Puncak Sdn. Bhd. (Sinar Puncak) mengadakan majlis penyerahan kepada 100 pembeli pertama topi keledar helmet edisi terhad itu di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Topi keledar tersebut dihasilkan di kilang Shoei di Jepun. Ditawarkan pada harga RM1,588 dengan hanya 300 unit dikeluarkan. 280 unit telah dijual kepada orang ramai. Sementara bakinya dibeli oleh para penaja korporat.

IMG_2645

Ia tampil bersama grafik hampir sama seperti yang ada pada topi keledar pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin. Rekaan grafik itu merupakan hasil karya pelukis airbrush tempatan, Zaki Ismail.

Melihat kepada sambutan yang amat memberangsangkan itu, Pengarah Urusan Sinar Puncak, Lee  Thian Chai memberitahu pihaknya berhasrat untuk menawarkan topi keledar edisi terhad pada masa akan datang termasuklah edisi khas Hafiz Syahrin.

IMG_2694

Pada majlis sama, Zulfahmi sempat menandatangani satu daripada topi keledar tersebut. Dia juga meluangkan masa bergambar dengan sebahagian daripada 100 orang pembeli yang hadir.

IMG_2699

Turut dipamerkan ialah dua unit topi keledar full-face replika Shoei dengan number 93 yang dipakai oleh juara dunia MotoGP, Marc Marquez dari Sepanyol. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button