
WARNA BAHARU GALAXY NOTE 3
Sebagai sebahagian daripada komitmen untuk menawarkan teknologi inovatif dan reka bentuk premium, Samsung Malaysia Electronics baru-baru ini memperkenalkan edisi warna baharu untuk GALAXY Note 3.
Mula dilancarkan pada September tahun lalu, GALAXY Note 3 kini hadir dalam beberapa warna baharu iaitu putih emas (Rose Gold White), hitam emas (Rose Gold Black), merah (Merlot Red) dan merah jambu. Selain warna hitam dan putih yang sudahpun ditawarkan kepada pengguna sebelum ini.
Edisi terbaharu itu mengintegrasikan sentuhan warna premium emas untuk menyerlahkan rekaannya yang tersendiri. Peranti itu turut disempurnakan dengan kehadiran GALAXY Gear versi Rose Gold.
“Menerusi edisi baharu GALAXY Note 3, kami harap dapat menawarkan pelanggan dengan peranti yang boleh mengekspresikan personaliti serta citarasa mereka,” kata Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics, Lee Dong Yong.
Para pemilik GALAXY Note 3 juga pasti gembira dengan tawaran pelindung telefon yang penuh gaya.
Mulai hari ini, edisi terhad GALAXY Note 3 berwarna merah dan merah jambu boleh didapati di Samsung Brand Stores serta pengedar sahnya. Sementara versi warna putih dan hitam emas pula boleh anda beli di penyedia perkhidmatan utama seperti Celcom, DiGi dan Maxis mulai 22 Januari lalu.
Samsung juga menawarkan hadiah istimewa dengan pembelian edisi warna baharu ini.
- Beli GALAXY Note 3 edisi merah atau merah jambu di Samsung Brand Stores atau pengedar sah Samsung dan terima baucar tunai bernilai RM100 untuk menebus aksesori rambut Sereni & Shentel edisi terhad.
- Beli GALAXY Note 3 edisi Rose Gold (hitam atau putih) di Samsung Brand Stores atau pengedar sah Samsung dan terima pelindung S View phone cover bernilai RM189 secara percuma.
- Beli GALAXY Note 3 edisi Rose Gold (hitam atau putih) daripada Celcom atau DiGi terima pelindung telefon Moschino yang eksklusif bernilai RM189 secara percuma.