Buletin

SIDANG KEMUNCAK ASEAN DI LABUAN BAJO BAKAL MENGGUNAKAN EV

Sidang Kemuncak ASEAN 2023 yang bakal berlangsung di Labuan Bajo, Indonesia pada 9 – 11 Mei 2023 ini bakal menyaksikan sejumlah kenderaan elektrik (EV) akan digunakan bagi kenderaan rasmi untuk persidangan tersebut kelak.

PT Toyota-Astra Motor (TAM) secara rasminya telah dipilih sebagai penaja untuk kendaraan rasmi bagi Sidang Kemuncak ASEAN pada bulan Mei nanti yang akan menghimpunkan pemimpin tertinggi negara – negara ASEAN.

Dan untuk itu, TAM selaku pengedar rasmi Toyota di Indonesia akan menyerahkan sejumlah 65 unit model Toyota bZ4X kepada Kementerian Sekretariat Negara Indonesia bagi kegunaan para delegasi sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN tersebut.

Penggunaan kereta elektrik (EV) ini lanjutan daripada persidangan G-20 yang diadakan di Bali Indonesia tahun sudah turut menggunakan model EV juga. Ketika itu, sejumlah 131 unit model Genesis G80 Electrified dan juga 262 unit model Hyundai Ioniq 5 serta 300 unit model Wuling Air EV telah digunapakai. Malah ketika itu juga TAM turut menyerahkan 41 unit model Toyota bZ4X dan 102 unit model Lexus UX 300e untuk kegunaan persidangan tersebut.

Selain daripada model Toyota, kelibat sejumlah 117 unit model Hyundai Ioniq 5 turut bakal boleh dilihat untuk Sidang Kemuncak ASEAN bersama dengan sebuah model EV yang comel, Wuling Air EV dengan sejumlah 50 unit bakal digunakan.

Memandangkan bakal ada sejumlah yang besar kereta EV bakal berada di Labuan Bajo yang terletak Nusa Tenggara Timur, sudah tentu keperluan fasiliti tempat pengecasan adalah perkara yang harus diberikan keutamaan. Untuk itu, Perusahaan Listrik Negara (PLN) telah membina sejumlah 108 unit Stesen Pengecas EV bagi memenuhi keperluan lebih daripada 300 unit kereta EV kelak.

Tujuh daripada 108 unit Stesen Pengecas EV itu adalah jenis ultra fast charging, satu daripadanya adalah fast charging dan baki 100 unit adalah standard charging.

Ternyata penggunaan secara meluas kereta EV untuk sebarang persidangan bertaraf dunia sebegini cukup menggambarkan betapai seriusnya negara Indonesia untuk menyokong transisi perubahan daripada model kereta ICE (internal combustion engine) kepada kereta EV sebegini demi masa hadapan.

Menyebut tentang Sidang Kemuncak ASEAN, kali pertama ianya diadakan adalah pada 23 dan 24 Februari 1976 yang diadakan juga di Indonesia, Bali ketika di bawah pimpinan Presiden Suharto.

Sidang Kemuncak ASEAN ini diadakan secara separa tahun yang akan dihoskan oleh negara ASEAN berhubung perkara pembangunan ekonomi, politik, keamanan, dan juga sosial budaya. Kali terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ini diadakan pada November tahun sudah yang dihoskan oleh Phom Penh.

BACA : SUV EV TOYOTA BZ4X BAKAL BERADA DI PASARAN TEMPATAN PADA TAHUN HADAPAN

BACA : HYUNDAI IONIQ 5 DINOBAT WORLD CAR OF THE YEAR 2022. KALAHKAN MUSTANG MACH-E DAN KIA EV6

Google ads

B K

Back to top button