Artikel Pilihan

KECACATAN YANG MEMALUKAN SUPERCAR. BAIK BELI MYVI

Sebut saja nama supercar maka kita terbayangkan sebuah kereta yang direka khusus untuk dipandu laju tanpa mengira jalan lurus atau berselekoh. Tujuannya hanya satu iaitu memberikan deruan adrenalin supaya mengalir deras dalam tubuh. Mesti supercar ini sempurna kan, contohnya Myvi ataupun Porsche 911.

Tak juga sebenarnya tuan – tuan. Supercar pun ada masalah kualiti yang kadangkala tak pernah terfikir macam mana kereta hebat seperti ini ada kecacatan rekaan yang merosakkan reputasinya. Jangan risau tuan-tuan, kali ini kami janji kami cuba masukkan semua kecacatan rekaan semua supercar yang dipuja ramai.

Mari kita mulakan senarai ini.

1. Porsche 911 – merupakan sebuah supercar mewah yang dihasilkan di Jerman pada tahun 1963 dengan rekaan enjin di belakang. Ini membolehkan rekaan depan dibuat lebih melarus untuk aerodinamik dan enjin boxer 6 silinder yang berada di belakang pemandu memudahkan jurutera membuat pakejing bagi sistem stering.

Namun masalah mula timbul apabila enjin direka berada di belakang gandar tayar belakang berbanding dengan Ferrari yang memasang enjin di depan gandar tayar belakang. Akibatnya 911 mudah mengalami snap oversteer. Sedikit sahaja kesilapan pemandu dalam pemanduan akan menyebabkan kereta berpusing 180 darjah.

Keadaan ini menyebabkan 911 dikenali dengan nama widow maker, suami yang pakai akan meninggalkan isteri akibat mati dalam kemalangan. Porsche membetulkan keadaan ini pada model awal dengan memasang pemberat keluli pada bahagian depan bagi menstabilkan kereta.

Porsche seterusnya membetulkan masalah ini dengan memasang tayar yang lebih lebar di belakang, spoiler besar untuk downforce serta pengenalan sistem All Wheel Drive membantu model terkini mengatasi masalah ini dengan berkesan.

2. Ferrari 458 Italia -dengan warna merah menyala dan deruman enjin 4500cc V8 model ini diperkenalkan pada tahun 2009 bagi menggantikan F430. Pada awal 2010, tidak kurang 10 unit 458 telah tiba-tiba terbakar tanpa sebab ketika dipandu. 12,000 unit terpaksa dipanggil balik oleh Ferrari bagi mengatasi masalah misteri ini.

Siasatan dalaman mendapati perekat yang digunakan untuk memasang fender liner (kita sebut daun pisang) dihasilkan daripada bahan mudah terbakar. Masalah ini bertambah serius kerana rekaan ekzos yang rapat dengan fender liner ini yang menjadikannya lebih mudah terbakar.

Ketika recall, juruteknik akan menanggalkan perekat dan menggantikkannya dengan kaedah rivet. Aduhai, kenapa la tak buat awal-awal dulu kan.

3. Mercedes Benz SL Series – merupakan model ikonik supercar daripada Mercedes pada tahun 1954 dengan rekaan pintu Gullwing. Ketika kedua-dua pintu dibuka, kereta ini akan kelihatan seperti seekor burung Gullwing yang sedang terbang. Memang ikonik habis.

Pada tahun 2010, Mercedes memperkenalkan kembali model ini dengan pengenalan model SLS AMG dengan rekaan front mid engine (enjin di depan tapi di belakang gandar tayar) dikuasakan enjin 6200cc. Kecacatan bukan pada enjin, tapi pada rekaan pintu.

Pihak berkuasa mendapati jika kereta ini terbalik, adalah mustahil untuk membuka pintu dan menyelamatkan pemandu. Kemungkinan untuk anda mati terperangkap adalah setinggi 95%. Bagi mengatasi masalah ini, jurutera perlu memasang bahan letupan pada engsel pintu yang akan meletup secara automatik bagi menanggalkan pintu.

4. Audi TT – mungkin bukan bertaraf supercar, tapi dengan rekaan2 pintu kompak, ringan dan dikuasakan dengan enjin 1800cc turbo yang menghasilkan 240 kuasa kuda sudah cukup untuk menggerakkan kereta dengan berat hanya 1000++ kg ini.

Namun ketika mula dipasarkan, Audi menerima aduan yang kereta ini akan mengalami masalah lift-off oversteer yang teruk. Sebaik sahaja pemandu melepaskan pedal minyak, weight transfer akan berlaku dari tayar belakang ke depan dengan tiba tiba. Tayar belakang akan mula hilang cengkaman dan kereta akan terbabas di selekoh

Audi melakukan recall dengan melaraskan semula geometri rekaan suspensi dan menambah spoiler pada bahagian belakang untuk downforce

5. Nissan 370Z- Sebuah lagi kereta sport yang mengalami masalah kualiti namun dikira minor sahaja. 370z mengalami Electronic Steering Column Lock yang mana pada jarak pebatuan tertentu, roda steering terkunci sepenuhnya dan pemandu gagal berkomunikasi dengan sistem steering sepenuhnya.

Siasatan dalaman mendapati masalah ini berpunca daripada minyak yang terhasil daripada unit sistem elektronik steering akan menyebabkan rintangan dan mencetuskan time delay ketika operasi. Jika keadaan menjadi terlalu teruk, sistem akan gagal sepenuhnya.

6. Jaguar Type F – walaupun memiliki nama dan sejarah yang panjang di Britain, Jaguar bukanlah jenama yang boleh diharap sangat. Bagi model ini terdapat 3 pilihan enjin yang ditawarkan iaitu enjin 2000cc turbo, 3000cc supercaj dan 5000cc V8 supercaj

Pada tahun 2019, 7000 unit Type F dipanggil balik berikutan masalah kegagalan beg udara keselamatan yang tidak berfungsi ketika kemalangan. Tipikal sebagai jenama Jaguar, ia juga terdedah kepada masalah lain seperti bar anti oleng yang tidak dipasang dengan beul, kebocoran unit differential, injap ekzos rosak, dan gegaran pada bahagian kabin

7. Alfa Romeo Giulia – model ini dinamakan sebagai Eropean Car of The Year 2017 dan Motor Trend Car of the Year 2018 disebabkan rekaan prestasi enjin yang ditawarkan. Ia merupakan sebuah kereta yang sedap dipandu di litar dan untuk kegunaan harian.

Sehinggalah pada perbatuan 20,000km ia akan mula mengalami pelbagai masalah misteri berkaitan dengan enjin. Ia mengalami masalah kehilangan kuasa ketika dipandu santai dan dalam sesetengah keadaan enjinnya akan mati terus tanpa sebarang amaran.

8. Porsche Boxter – selain mengeluarkan supercar, Porsche juga mengeluarkan kereta sport dengan saiz enjin dan kuasa yang sedikit rendah. Namun ia masih mengekalkan ciri-ciri Porsche seperti enjin boxer yang dipasang di bahagian belakang dan pacuan roda belakang.

Namun model ini ada banyak masalah seperti sistem suspensi, transmisi yang mengeluarkan bunyi, sistem penyejukan, oil seal, bearings, kepala silinder retak, dan pelbagai masalah yang memeningkan kepala pemilik. Panadol mana….

9. Ford Mustang – merupakan model kegemaran kami untuk diusik secara berlebihan. Walaupun baru keluar dari kilang, sebelum mencapai 16,000km Mustang dilaporkan mengalami masalah enjin yang tiba-tiba menjadi lembap dan akhirnya mati.

Selain daripada itu, Mustang juga terkenal dengan sifat liarnya ketika mula-mula bergerak dari keadaan statik. Dengan berat enjin tertumpu pada tayar depan, bahagian belakang yang ringan, dan pacuan tayar belakang amat mudah untuk melihat Mustang terbabas bersepah-sepah ketika memulakan pecutan di perlumbaan drag seperti di SINI

Lamborghini Gallardo Orange UK 08

10. Lamborghini Gallardo – merupakan jentera yang menjadi seteru utama Ferrari. Gallardo merupakan antara model yang terlaris yang dikeluarkan oleh Lamborghini sebelum digantikan dengan Aventador. Ia dikuasakan dengan enjin V10 5000cc yang menghasilkan hampir 500 kuasa kuda.

Bagi model yang ditawarkan dengan transmisi 6-kelajuan dengan klac tunggal kawalan elektronik dan hidraulik, 80% masalah utama yang dihadapi ialah sistem klac tersebut mudah haus dan menyebabkan kereta tak boleh bergerak.

Selain daripada itu orang Itali tak kenal dengan perkataan ergonomik kerana selepas sejam memandu anda perlukan tukang urut bertauliah untuk menyusun kembali tulang vertebrata anda

Google ads
Back to top button