Artikel Pilihan

SISTEM PENCUCUHAN PLASMA, 20% LEBIH CEKAP DARI PALAM PENCUCUH

Sebuah firma kejuruteraan iaitu Transient Plasma System melakukan satu kajian dan pembangunan pada sistem pencucuhan enjin bagi menggantikan palam pencucuh dengan teknologi baru. Hasilnya mereka mampu mengurangkan lagi pelepasan asap dan meningkat kecekapan enjin sebanyak 20%.

Walaupun pembangunan kereta elektrik giat sedang dijalankan, ini tidak bermakna pembangunan telnologi baru enjin terutama bagi penggunaan enjin untuk industri harus dihentikan. Firma ini menunjukkan satu modul pencucuhan baru yang menggunakan denyutan plasma untuk menghidupkan campuran udara dan petrol di dalam enjin.

Modul ini tidak lagi menggunakan palam pencucuh biasa dan dikawal dengan modul kuasa dan sistem kawalan enjin yang lebih efisyen dan tepat. Untuk menunjukkan kemampuan teknologi ini, Transient Plasma System memasang sistem pencucuhan plasma ini pada Toyota Camry 2.5 terbaru

Sistem ini berupaya mengubah enjin terbaru Toyota menjadi lebih baik dengan injap EGR terbuka lebih awal dan hasilnya ialah penjimatan sebanyak 6% berbanding dengan penggunaan palam pencucuh tradisional. 6% dalam kejuruteraan adalah satu pencapaian yang baik

Sistem ini juga mampu untuk beroperasi dalam kitaran enjin lean iaitu mengandungi nisbah udara yang tinggi berbanding dengan petrol tanpa masalah. Dengan meninggikan nisbah udara, penjimatan petrol meningkat kepada 20%.

Transient Plasma System berkata sistem ini bukan sahaja mudah, malah boleh dipasarkan sebagai sistem alat ganti dan mudah dipasang pada mana-mana kereta dengan memerlukan sedikit remapping.

Google ads
Back to top button