Buletin

HONDA MALAYSIA JUAL LEBIH 80K UNIT, KEKAL JENAMA KERETA BUKAN NASIONAL NO.1

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa syarikat merekodkan lebih daripada 80,000 unit jumlah jualan.

Angka tersebut sekali gus mencapai sasaran jualan tahunannya bagi tahun 2023 termasuk mengekalkan kedudukan nombor satu dalam kereta penumpang bukan nasional, bagi segmen kenderaan untuk tahun ke-10 berturut-turut sejak 2014.

Tiga model terlaris pada 2023 ialah City, HR-V dan City Hatchback masing-masing menyumbang 30 peratus, 25 peratus dan 13 peratus kepada jualan keseluruhan syarikat.

Selain itu, WR-V, HR-V, CR-V dan Civic muncul sebagai No.1 dalam segmen masing-masing.

Tahun 2023 juga merupakan tahun pemulihan beransur-ansur dan prospek positif bagi Honda Malaysia, dengan pelancaran empat model baharu pada suku kedua iaitu WR-V, City, Civic Type R serta CR-V serba baharu.

Jualan untuk model hibrid Honda Malaysia (e:HEV) juga meningkat daripada 4,100 unit pada 2022 kepada lebih 7,700 unit pada 2023, mewakili pertumbuhan 87 peratus bagi model e:HEV.

Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, berkata “Pencapaian cemerlang Honda Malaysia tahun ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh pelancaran WR-V pada bulan Julai dan SUV (kenderaan utilitik sukan) kecil ikonik itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pasaran.

“Honda Malaysia komited untuk menyediakan kualiti terbaik dari segi penawaran produk, jualan dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggannya serta syarikat optimis mengenai sektor automotif pada 2024,” tambahnya.

Google ads
Back to top button