Motosikal

SUZUKI DAFTAR PATEN GSX-250R?

Suzuki dilaporkan telah mendaftar satu paten yang dilihat bakal menjadi sebuah jentera bersesaran kecil. Reka bentuk paten yang didaftarkan dengan agensi hak cipta Australia itu berkongsi banyak gaya rekaan model Suzuki yang lebih besar. Ramai yang menjangkakan reka bentuk itu akan menjadi GSX-R250 untuk pasaran Asia termasuklah Jepun.

Suzuki-GSX-r250-patent-mekanika (2)

Selain bersesaran 250cc, tidak mustahil paten tersebut boleh menjadi jentera GSX-R300 untuk pasaran Eropah atau Amerika Utara.

Memandangkan ia hanyalah paten reka bentuk, maka tidak ada sebarang maklumat teknikal mengenai motosikal ini. Namun apabila dilihat dengan teliti, enjin yang dipasang mungkin jenis parallel-twin.

Suzuki-GSX-r250-patent-mekanika (3)

Enjin tersebut nampak tidak jauh beza dengan rangkaian kuasa yang ada pada model Suzuki GW250. Antara perubahan kecil ialah kedudukan penutup minyak yang telah diubah.

Kepala paipnya juga berbeza. Manakala perubahan lain masih belum diketahui. Ilustrasi paten ini menunjukkan penggunaan rotor cakera tunggal dan fork teleskopik. Bukannya jenis terbalik macam Honda CBR250RR atau KTM RC390.

Suzuki-GSX-r250-patent-mekanika (1)

Selain daripada versi naked Inazuma, Suzuki nampaknya perlahan dalam mengikuti perkembangan pasaran sportbike 250cc.

Legasi Kawasaki Ninja 250R mungkin boleh dianggap perintis. Tetapi Yamaha memperbaharuinya dengan Yamaha R25 yang benar-benar berbeza untuk sportbike entry level ini.

Honda juga sudah masuk gelanggang bulan lalu dengan pelancaran CBR250RR di Indonesia.

Suzuki dijangka mengumumkan ketibaan model GSX-R250 dan mungkin GSX-R300 pada acara Intermot (Oktober) atau EICMA pada November depan. Korang tunggu je lah…

Google ads
Back to top button