SELEPAS SEBULAN, K’JAAN MASIH BELUM DAPAT DATA PERMINTAAN PERKHIDMATAN e-HAILING MOTOSIKAL DI MALAYSIA
Akhir tahun lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ada menyatakan bahawa mana-mana firma e-hailing motosikal tempatan (Dego) mahupun dari Indonesia, Gojek dibenar memulakan operasi di Malaysia bermula Januari 2020.
Perkhidmatan Dego dijalankan bermula Januari di sekitar Lembah Klang. Ia mungkin akan diperluaskan ke kawasan lain jika mendapat maklum balas positif daripada pengguna.
Anthony Loke yang menghadiri Majlis Pelancaran Perkhidmatan Pembaharuan Lesen Kenderan Motor di PUSPAKOM semalam memberitahu, setelah hampir dua bulan perkhidmatan e-hailing motosikal tersebut dilancarkan, kerajaan masih belum mendapat sebarang data mengenai permintaan perkhidmatan tersebut daripada masyarakat.
Tambahnya lagi, dalam masa dua bulan akan datang, kerajaan akan mengadakan lawatan ke Jakarta, Indonesia untuk melihat bagaimana mereka melaksanakan perkhidmatan tersebut.
Permintaan perkhidmatan itu hanya akan diperoleh berdasarkan pengguna di Malaysia sahaja dan tidak sama sekali menggunakan data permintaan di negara lain.
- BACA: PEMANDU E-HAILING TIDAK PERLU TUKAR STATUS KENDERAAN – TETAPI KENA DAPATKAN LESEN PSV DAN PERMIT EVP
- BACA: PERIKSA KERETA E-HAILING DI PUSPAKOM SEGERA. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR!
- BACA: PROGRAM PERINTIS E-HAILING MOTOSIKAL AKAN DIJALANKAN SELAMA 6 BULAN BERMULA JANUARI 2020
- BACA: PEMANDU E-HAILING WAJIB MOHON PSV BERMULA JANUARI 2019