RASMI: SUZUKI GSX-8R TIBA DI PENGEDAR – RM53,800
Selepas pelancaran rasmi di Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung Mei lalu, akhirnya Suzuki Malaysia mengumumkan bahawa Suzuki GSX-8R akhirnya tiba di pengedar dengan harga jualan RM53,800.
Suzuki GSX-8R merupakan motosikal gaya sportsbike sekaligus menawarkan fairing penuh namun masih berkongsi beberapa kelengkapan sama dengan versi naked, GSX-8S termasuk reka bentuk lampu depan, tangki, tempat duduk dan enjin.
Hasilnya, GSX-8R menawarkan 82hp pada 8,500rpm dan 78Nm pada 6,800rpm yang dihasilkan enjin parallel-twin 776cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair.
Sebagai sebuah model serba baharu, GSX-8R menawarkan ciri moden termasuk panel meter TFT-LCD 5-inci berwarna yang membolehkan penunggang mengakses tiga mod menunggang.
Ciri lain ditawarkan termasuk:
- traction control
- ride-by-wire
- quickshfiter
- suspensi Kayaba
- cakera brek 310mm depan, 240mm belakang
Untuk pasaran tempatan, Suzuki GSX-8R ini hadir dengan pilihan warna Metallic Triton Blue, Pearl ignite Yellow, Metallic Mat Sword Silver dan Metallic Mat Black.