,
Buletin

TAK LAKU, YARIS KENA ‘BUNUH’ DI AMERIKA SYARIKAT

Sejak pengguna beralih arah kepada crossover, jualan sedan dan hatchback di pasaran Amerika Syarikat (AS) dilihat terus merudum.

Berikutan trend itu, Ford dan General Motors telah menghentikan beberapa model kenderaan mereka.

Terbaharu, Toyota mengambil langkah sama dengan ‘membunuh’ model Yaris di sana.

Berita itu disedari oleh media tempatan menerusi satu memo dalam talian. Ia menyatakan bahawa Toyota akan menghentikan penghasilan Yaris sedan dan hatchback pada penghujung bulan Jun.

Toyota mengesahkan isi kandungan surat berkenaan dan memberitahu Yaris tidak akan ditawarkan lagi di AS selepas model tahun 2020.

Bagaimanapun, Zach Reed dari Toyota menjelaskan langkah tersebut hanya berkuat kuasa di AS sahaja, benua lain masih meneruskan penjualan model Yaris.

Dia turut memaklumkan tiada perancangan lagi untuk menggantikan model Yaris.

Keputusan menghentikan model Yaris bukanlah sesuatu yang mengejutkan, sejak beberapa tahun lalu, penjualannya agak suram.

Menurut Carsalesbase, Toyota hanya menjual 2,181 unit kenderaan di AS pada tahun lalu, sedikit peningkatan berbanding tahun 2018 iaitu sebanyak 1,940.

Kedua angka tersebut merupakan sebahagian daripada 102,328 unit yang dijual pada 2008 dan 10,872 yang dibeli baru-baru ini pada 2016. – carscoops

Tags
Google ads
Back to top button