
TAYAR LORI MICHELIN X MULTI Z 2. DUA SAIZ BAHARU, LEBIH JIMAT MINYAK DAN TAHAN HAUS
Pengeluar tayar terkemuka, Michelin dilapor akan terus terus melabur ke dalam pasaran tayar trak serantau dengan tawaran-tawaran saiz baharu untuk MICHELIN X MULTI Z 2. Ia merupakan model terkini dalam rangkaia tayar Michelin di rantau Asia Timur dan Australia.
Dilengkapi dengan teknologi perintis terbaharu, tayar itu dirumus untuk menawarkan jangka hayat terbaik di pasaran.
Tiga revolusi teknologi yang diperkenalkan ialah REGENION, aluran tayar yang berlainan bentuk menjamin deformasi bunga tayar yang minimum. Ia menyumbang kepada rintangan guling yang lebih rendah, selain menjimatkan penggunaan bahan api.

Berbekalkan teknik cetakan logam 3D terkini, aluran longitud pada tayar mampu pulih semula. Walaupun tayar melalui proses kehausan, ia masih mampu menawarkan tahap cengkaman yang tinggi sepanjang kitar hayatnya dalam apa jua cuaca. Ini sekali gus menyumbang kepada jangka hayat 20 peratus lebih berbanding produk terdahulu, MICHELIN X MULTI Z 1.
INFINICOIL, menampilkan lapisan bunga tayar yang diperkukuhkan dengan dawai keluli berukuran sehingga 400 meter di dalam selongsongnya, berdasarkan saiz tayar.
Dawai keluli berkekuatan tinggi itu meningkatkan tahap ketegaran tayar, seterusnya mengoptimumkan permukaan tayar yang bersentuhan dengan permukaan jalan dan menawarkan jarak perbatuan yang lebih tinggi.
Teknologi itu menjanjikan tahap kestabilan lebih baik, membantu mengurangkan risiko kehilangan tekanan secara mengejut untuk menjamin kawalan kenderaan yang baik. Selain melanjutkan keupayaan mobiliti walaupun ketika mengalami masalah pancit dan memperbaiki aspek kehausan yang tidak sekata.

Ciri HT NYLON pula berperanan meningkatkan ketahanan lekuk (bead) tayar. Ia membantu mengurangkan kadar kerosakan tayar yang digunakan pada jarak jauh, berkelajuan tinggi dan secara berterusan sehingga 10 peratus. Ciri itu juga meningkatkan tahap keupayaan untukmencelup tayar (retreadability).
MICHELIN X MULTI Z 2 kini boleh didapati dalam dua saiz baharu iaitu 295/80R22.5 dan 12R22.5, di samping saiz sedia ada 11R22.5.
Tayar itu boleh didapati di semua pusat pengedar sah tayar trak Michelin di seluruh Malaysia. Maklumat lanjut, sila layari www.michelin.com.my
- BACA: MICHELIN DAN GM UJI TAYAR TANPA ANGIN – BAKAL DIGUNAKAN PADA TAHUN 2024
- BACA: MICHELIN BIMBANG TAK CUKUP TAYAR UNTUK SESI UJIAN PRA-MUSIM MOTOGP DI LITAR LOSAIL
- BACA: MICHELIN PATENKAN SISTEM MOTOR TAMBAHAN, BANTU PENUNGGANG UNDUR MOTOSIKAL DENGAN MUDAH
- BACA: MICHELIN BAKAL BIKIN TAYAR GUNA BOTOL PLASTIK KITAR SEMULA









