Buletin

TEMPAHAN PERODUA AXIA 2023 KINI DIBUKA. 4 VARIAN, 1.0L N/A, 23.2KM/L, BERMULA RM38,600

Perodua hari ini mengumumkan tempahan untuk Axia serba baharu sudah pun dibuka mulai hari ini.

Axia 2023 akan ditawarkan dalam empat varian iaity G, X, SE dan AV. Semua varian dikuasakan oleh enjin 1.0 liter dengan sistem DCVT yang mampu menjana kuasa 67PS dan tork 91Nm. Enjin itu dipadankan dengan kotak gear baharu D-CVT yang sama seperti Ativa. 

Rangkaian kuasa baharu itu menjanjikan lebih penjimatan iaitu 23.2km/l berbanding 21.7km/l berbanding Axia sebelum ini. 

Dari segi keselamatan, semua varian Axia dilengkapi sistem kawalan kestabilan (VSC), kawalan cengkaman, AB, EBD, enam beg udara dan Hill Start Control.   

Ciri kemudahan yang turut dipasang pada Axia termasuklah mode Power, lampu nyalaan Siang (DRL) LED, tinted kesela,atan dan tempat duduk jenis semi bucket (bergantung kepada varian. Tidak ketinggalan, paparan multi info TFT bersaiz 7 inci, skrin audio berukuran sembilan inci.

Axia didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu kelabu, merah, perak, putih dan biru (baharu). Kereta kompak popular itu akan ditawarkan pada harga bermula RM38,600 hingga RM49,500 seunit. 

Google ads
Back to top button