Motosikal

TERKINI: ROYAL ENFIELD BEAR 650 MASUK MALAYSIA MEI 2025 – 47HP, 57NM

Baru-baru ini Royal Enfield telah pun memperkembangkan tawaran model 650cc dengan pelancaran Bear 650. 

Ini bermakna keluarga 650cc dari Royal Enfield kini terdiri dari empat model yang merangkumi Continental GT 650, Interceptor 650, Super Meteor 650 dan terbaru Bear 650. Royal Enfield dijangka akan turut memperkenalkan Himalayan 650 pada 2025. 

Sementara itu, Bear 650 berkongsi asas dan platform sama dengan Interceptor 650 serta Continental GT 650 kecuali di bahagian kelengkapan yang telah diubah bagi mewujudkan gaya motosikal ‘scrambler’.

Meskipun dikuasakan enjin 2-silinder SOHC yang sama dengan keluarga 650cc lain namun enjin tersebut telah ditala semula. Hasilnya, Bear 650 menawarkan tork yang lebih tinggi dengan 57Nm (naik 5Nm) pada 5,150rpm sementara kuasa kekal pada 47hp. 

Perbezaan kelengkapan boleh dilihat di bahagian lampu hadapan yang menggunakan unit LED, tempat duduk ‘single-piece’ yang lebih condong serta penggunaan ekzos tunggal berbanding berkembar. 

Dalam pada itu, Bear 650 ini tampil dengan ciri yang lebih moden seperti yang terdapat pada Himalayan 450 dan Guerilla 450 termasuk skrin TFT berbentuk buat yang menawarkan sistem navigasi terbina. 

Kelengkapan suspensi juga merangkumi fork Showa terbalik (USD) 43mm di bahagian depan dan penyerap hentak berkembar di belakang dengan fungsi pra-beban (preload). 

Bagi melengkapkan imej lasak, Bear 650 dipadankan dengan rim berukuran 19-inci depan dan 17-inci belakang dengan masing-masing dilengkapi dengan cakera brek tunggal 320mm depan dan 270mm belakang. Royal Enfield tuurt melengkapkan pakej brek dengan ABS dwi-saluran secara standard. 

Perincian lain ditawarkan termasuk tangki bahan api berkapasiti 13.7L dan berat basah 216kg. 

Maklumat lebih terperinci termasuk harga rasmi untuk pasaran Malaysia dijangka akan diumumkan pada hari pelancaran yang dijadualkan pada bulan Mei 2025. 

GALERI: ROYAL ENFIELD BEAR 650 2025

Google ads
Back to top button