TEMPAHAN BAJAJ DOMINAR 250 SUDAH DIBUKA. MASUK MALAYSIA NANTI?
Pengeluar motosikal berpengaruh India, Bajaj Auto baru-baru ini mendedahkan bahawa ia bakal memperkenalkan model Bajaj Dominar 250 bulan depan.
Menjadi model kedua dalam keluarga Dominar, jentera tersebut bakal menggunakan enjin yang sama pada KTM 250 Duke. Enjin selinder tunggal bersesaran 248.8cc itu bagaimanapun telah menerima talaan baru dan mematuhi piawaian pelepasan emisi BS6.
Enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 30bhp dan tork 24Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.
Dari segi rekaan, Dominar 250 sebenarnya tidak jauh berbeza dengan Dominar 400. Berdasarkan kepada foto-foto yang bocor di internet, motosikal itu dipasang dengan suspensi jadapan jenis upside down (USD), rim aloi, pelana terpisah dan lampu belakang LED.
Tidak ketinggalan, reka bentuk tangki minyak yang maskulin, bahagian enjin dihitamka dan ekzos twin barrel. Tiada maklumat terperinci mengenai brek yang akan digunakan. Sama ada brek ABS salran tunggal atau berkembar.
Laporan media tempatan ada menyebut para pengedar Bajaj di beberapa bandar terpilih dudah mula mengambil tempahan. Harga yang ditawarkan pula ada sekitar Rs 1.45 lakh (RM8,213) sehingga Rs 1.7 lakh (RM9,630).
Di pasaran India yang memang sukakan motosikal naked seperti ini, Dominar 250 akan bersaing secara langsung dengan model-model seperti Yamaha FZ25, Suzuki Gixxer 250 dan KTM Duke 250.
Adakah Dominar 250 akan membuat penampilan di pasaran Malaysia? Sama-sama kita tunggu…
- BACA: RASMI SUDAH KOLABORASI BAJAJ DAN TRIUMPH. MAHU JUAL MOTOSIKAL PADA HARGA BERMULA RM11K
- BACA: AKSESORI MENARIK UNTUK MODENAS BAJAJ DOMINAR 400
- BACA: RAKAN MODENAS, BAJAJ AUTO PILIH THAILAND SEBAGAI PUSAT R&D UNTUK PASARAN ASIA TENGGARA
- BACA: MODENAS PULSAR RS200 & DOMINAR D400 TURUN HARGA. PULSAR RS200 KINI CUMA RM9,990 SAHAJA