
SUSPEK CURI KENDERAAN, LARIKAN JENTERA PERONDA POLIS KETIKA TANGAN BERGARI
Seorang lelaki dalam tahanan polis mengambil tindakan nekad melarikan jentera peronda ketika tangan masih digari di Kansas, Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan KAKE, sebelum kejadian, suspek berusia 23 tahun itu dibawa ke pusat tahanan oleh peronda lebuh raya Kansas berikutan didakwa terlibat dalam aktiviti curi kenderaan.
Ketika dalam perjalanan pegawai peronda yang membawa suspek memberhentikan jentera untuk membantu insiden kemalangan melibatkan motosikal di lebuh raya K-25 berdekatan Atwood.
Bagaimanapun, suspek bertindak melarikan kenderaan peronda terbabit sewaktu pegawai peronda membantu mangsa kemalangan terbabit.
Unit peronda tempatan dikatakan mengejar kenderaan berkenaan yang dipandu ke arah Barat lebuh raya I-70 selama hampir satu jam sebelum ia kehabisan minyak berhampiran bandar Edson.
Menurut pegawai polis, tiada kecederaan dilaporkan dan jentera peronda tidak mengalami sebarang kerosakan.-agensi
- BACA: POLIS TEMUKAN 250 PENUKAR PEMANGKIN CURI BERNILAI RM3 JUTA
- BACA: POLIS KENA SAMAN DI IPK KEDAH, PLAT MOTOR FANCY
- BACA: HINA GURU, POLIS KELUARKAN 5 SAMAN TRAFIK KEPADA PELAJAR, PEMILIK MOTOSIKAL
- BACA: DODGE CHARGER ‘BARANG PANAS’. SATU BALAI POLIS SOUTHEAST MICHIGAN TERIMA LAPORAN 1,000 KECURIAN!!!