Motosikal

SHELL ADVANCE LANCAR RANGKAIAN LENGKAP MINYAK SKUTER

Shell Advance hari ini melancarkan barisan produk pelincir yang diformulasi khusus untuk skuter. Produk baru itu terdiri daripada minyak sintetik sepenuhnya iaitu Shell Advance 4T Ultra Scooter dengan teknologi PurePlus 5W-40, teknologi sintetik Shell Advance 4T AX 7 Scooter 10W-40 dan minyak gear skuter Shell Advance.

Dengan minyak Shell Advance 4T AX 5 Scooter 15W-40 yang mula berada di pasaran sejak 2014, barisan produk baru itu jelas menawarkan portfolio produk lebih lengkap kepada pengguna.

BACA: MOTOGP SHELL MALAYSIA 2016 CATAT BANYAK REKOD KALI PERTAMA

Minyak skuter Shell Advance baharu dengan Teknologi PurePlus dan Active Cleansing mampu membersihkan enjin 33 peratus lebih baik dan mengekalkan kestabilan pengoksidaan 43 peratus lebih lama berbanding minyak biasa. Ia juga dapat mengekalkan kelikatan 42 peratus lebih lama berbanding had API .

Skuter mewakili kira-kira 11 peratus populasi motosikal yang berrjumlah hampir 12 juta unit di Malaysia. Enjin skuter menjana putaran per minit (RPM) dan beroperasi pada suhu yang lebih tinggi. Skuter juga menggunakan transmisi automatik CVT.

Harga runcit minyak skuter Shell Advance adalah seperti berikut:

  • Shell Advance 4T Ultra Scooter 5W-40 (1 liter) — RM68.30 (SM)/RM68.70 (MT)
  • Shell Advance 4T AX 7 Scooter 10W-40 (1 liter) — RM32.50 (SM)/RM33.00 (MT)
  • Shell Advance 4T AX5 Scooter 15W-40 (0.8 liter) – RM22.52 (SM) / RM22.80 (MT)
  • Minyak gear skuter Shell Advance (0.12 liter) — RM12.00 (SM) / RM12.50 (MT)

Dalam perkembangan berkaitan, Shell Advance turut merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan ekspres penukaran minyak motosikal berenjin bawah 250 cc di stesen minyak Shell terpilih di seluruh negara.

Shell Advance MotoCare Express (SAMCE) pernah dijalankan pada acara MotoGP Shell Malaysia 2016 dan mendapat sambutan hangat. Peringkat awal inisiatif ini diadakan sewaktu musim perayaan Tahun Baru Cina di 12 stesen minyak Shell di Lembah Klang, wilayah Utara, Selatan dan Pantai Timur.

“Cepat, mudah diakses dan harga yang berpatutan, SAMCE diharap dapat membantu penunggang motosikal mengekalkan motosikal mereka dalam keadaan yang baik. Ia memang selari dengan kempen keselamatan jalan raya kami iaitu #ShellSelamatSampai,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Shairan Huzani Husain.

Untuk maklumat lanjut mengenai barisan lengkap minyak Skuter Shell Advance, sila layari www.shell.com.my/scooter

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button