Buletin

TOYOTA BAKAL PERKENAL DUA MODEL EV DAN 1 PHEV TAHUN INI DI AMERIKA

Toyota menyatakan ia akan memperkenalkan dua kereta elektrik (EV) dan satu model Plug-in Hybrid (PHEV) ke pasaran Amerika Syarikat pada tahun ini.

Perkara itu diumumkan oleh Toyota pada satu pembentangan minggu lalu. Salah satu EV tersebut ialah SUV. Pengeluar kenderaan dari Jepun itu juga menegaskan ia meletakkan sasaran 40 peratus model baharunya ialah kenderaan elektrifikasi menjelang 2025 dan hampir 70 peratus pada 2035.

Toyota juga sedang sibuk membangunkan platform khas untuk digunakan pada EV pada masa depan.

Pengumuman tersebut dilihat sebagai maklum balas terhadap pentadbiran Joe Biden yang menyeru kepada kepelbagaian kenderaan elektrik dalam usaha mengurangkan emisi.

Toyota yang merintis teknologi hibrid menyatakan hasil penyelidikannya, model PHEV adalah sama bersih dan lebih murah berbanding EV. Namun, ia bergantung kepada tahap kebersihan penjanaan kuasa elektrik di rantau-rantau tertentu.

Logam seperti lithium yang digunakan di dalam bateri perlu dilombong, sedangkan aktiviti perlombongan menjadi salah satu punca pencemaran.

“Kami percaya cara paling pantas untuk mengurangkan gas rumah hijau dalam sektor pengangkuan adalah dengan menawarkan pilihan kenderaan rendah karbon kepada pengguna,” kata Ketua Saintis Toyota, Gill Pratt.

Pratt juga kenderaan tidak perlu mempunyai bateri yang besar dan boleh bergerak sejauh 480km sekali caj. Ini kerana purata perjalanan pergi balik rakyat AS adalah sekitar 52km sahaja.

Maka, jalan terbaik ialah menawarkan pelbagai model seperti hibrid, PHEV, EV dan kenderaan berkuasa hidrogen.

Google ads
Back to top button