Buletin

TOYOTA BUKA PUSAT 2S BAHARU D KLANG

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) baru-baru ini membuka satu lagi pusat 2S Toyota di Klang, Selangor.

Dikendalikan oleh PS Otomobil (Bukit Tinggi) Sdn Bhd, ia akan memberi perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan Toyota di Pandamaran, Bukit Tinggi, Bandar Botanik dan kawasan berhampiran.  

PS Otomobil (Bukit Tinggi) sudah menjadi pengedar Toyota sejak tahun 2015 dengan cawangan jualannya terletak di Bukit Tinggi, Klang.

Dalam tempoh empat tahun, jumlah jualan dan pelanggannya kian meningkat, maka pelaburan baru dibuat untuk mengembangkan kemudahan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Pusat servis itu mempunyai 19 ruang servis yang dikendalikan oleh kakitangan berpengalaman. Ia juga dilengkapi peralatan diagnostik dan peralatan khas yang sesuai. Ketika kereta diservis, pelanggan boleh berehat di lounge yang selesa.

PS Otomobil (Bukit Tinggi) terletak di PT 7420 Jalan Kim Chuan, Pandamaran, 42000 Klang, Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi talian 03-3323 9398 (jualan) atau 03-3385 2381 / 010-396 0468 (servis). Maklumat lanjut, sila layari laman web: toyota.com.my.

Google ads
Back to top button