Buletin

MENANG 9 MODEL HONDA DENGAN KEMPEN ROAD TO 900K UNIT

Berita baik untuk semua. Honda Malaysia baru sahaja melancarkan kempen Road to 900,000 Unit Milestone.

Ia sempena meraikan pencapaian Honda Malaysia mencapai jualan ke 900,000 unit di malasyaia menjelang suku ketiga 2019.

Kempen ini membolehkan anda memenangi salah satu daripada saembilan model Honda yang ditawarkan. Model-model yang ditawarkalan ialah Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord.

Kempen akan berlangsung di semua 90 pengedar sah dan siri jelajah Honda di seluruh negara bermula Ogos hingga September depan.

Pelanggan oleh menyertai kempen dengan mendaftar perincian diri di laman web mikro kempen ini (honda.com.my/microsite/900k) atau laman Facebook rasmi di https://www.facebook.com/hondamalaysia/.

Kemudian, anda akan menerima satu QR kod dan pergi ke mana-mana pengedar terdekat, imbas QR kod di sana serta ambil bahagian dalam aktiviti untuk mendapatkan tiket.  

Antara aktiviti itu ialah mencari dan merakam foto emblem kereta Honda yang tersembunyi, pandu uji atau servis kereta Honda di mana-mana pengedar sah Honda.

Pelanggan yang membuat tempahan atau mendaftarkan kereta Honda mereka pada 1 Ogos hingga 22 September 2019 juga layak mendapatkan tiket. Semakin banyak tiket yang dikumpul, semakin tinggi peluang untuk menang.

Untuk makluman, Honda Malaysia ditubuhkan pada tahun 2002. Sejak itu, ia telah mencatat banyak kejayaan. Antaranya mengeluarkan model pemasangan tempatan (CKD) pertamanya, CR-V pada tahun 2003.

Google ads
Back to top button