Buletin

TOYOTA DEDAH MODEL KONSEP bZ4X. GUNA PLATFORM e-TNGA

Pengeluar jentera dari Jepun, Toyota mendedahkan model konsep bZ4X yang menggunakan platform e-TNGA yang dibangunkan bersama Subaru.

Model terbaharu itu kelihatan seperti RAV4 EV tetapi menampilkan rekaan lebih moden dan terkini.

Biarpun, tidak mendedahkan perincian model konsep bZ4X, rekaan jentera terbaharu itu menampilkan bahagian hadapan lebih bersudut, lampu utama  nipis, dan tirai udara lebih menonjol.

Selain itu, ia turut hadir dengan gril tertutup, bukaan liang udara lebar dipadankan trim metalik. 

Model bZ4X dilengkapi cermin belakang bersudut dengan tiang C menonjol dan lampu belakang LED dengan rekaan menarik di sisi kenderaan.

Rekaan dalaman pula, bahagian kabin masih mengekalkan nilai-nilai tradisional seperti didatangkan roda stereng tiga jari yang besar dan kluster instrumen digital berbentuk seperti mangkuk.

Di bahagian tengah, terdapat sistem infotainmen skrin lebar dan konsol tengah terapung diperkemas dengan trim hitam berkilat, terdapat butang kawalan yang lebih minimalis dan penukar gear jenis rotari.

Model produksi bZ4X akan dibangunkan di China dan Jepun. Ia dijangka akan menemui para peminat di pasaran global menjelang pertengahan tahun 2022. – carscoops.

GALERI:

Google ads
Back to top button