Buletin

PENGELUARAN KENDERAAN ENJIN ROTARI MAZDA SUDAH MELEBIHI 2 JUTA UNIT!

Mazda Motor Corporation pada 30 Oktober 2023 mengumumkan pengeluaran kenderaan dengan enjin rotari sudah pun melepasi angka dua juta unit.

Berbeza dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) lain, enjin rotari menggunakan rotor tiga segi yang berputar di dalam kebuk enjin bagi menghasilkan kuasa.

Kenderaan Mazda pertama digerakkan enjin rotari ialah Mazda Cosmo Sport (Mazda 110S) yang diperkenal pada 1967.

Dari situ Mazda tidak menoleh ke belakang dengan membuat penambahbaikan untuk meningkatkan kuasa, penjimatan bahan api dan ketahanan.

Mazda juga berjaya mengekalkan kedudukan sebagai satu-satunya pengeluar kereta yang menghasilkan enjin rotari secara besar-besaran dalam tempoh begitu lama.

Walaupun begitu, pengeluaran enjin rotari terhenti lebih dari sedekad selepas kali terakhir digunakan RX-8 pada 2012.

Sejarah dicipta kembali dan dalam tempoh sebelas tahun ditamatkan, enjin rotari dihidupkan dan dipasang pada Mazda MX-30 e-SKYACTIV R-EV.

Fungsi enjin rotari pada MX-30 langsung berbeza daripada enjin sebelumnya.

Sebagai kereta hibrid plug-in, enjin rotari MX-30 e-SKYACTIV R-EV berfungsi sebagai penjana yang membekalkan tenaga kepada bateri atau sebagai penambah jarak (range extender).

Tugas menggerakkan roda dilakukan motor elektrik. Enjin bersesaran 830cc dengan motor tunggal menghasilkan 75 kuasa kuda (hp) atau 168 hp untuk keseluruhan sistem.

Satu lagi yang menarik, kereta konsep Mazda Iconic SP yang diperkenal di Pameran Mobiliti Jepun menggunakan enjin dua rotor dan mempunyai output 365 hp.

Berikut garis masa enjin rotari Mazda:

  • Julai 1961 – Jalinan kerjamasa teknikal dengan NSU dan Wankel
  • Mei 1967 – Pelancaran Mazda Cosmo Sport (Mazda Cosmo Sport)
  • Julai 1968 – Pelancaran Mazda Familia Rotary coupe (Mazda R100 coupe)
  • Oktober 1969 – Pelancaran Mazda Luce Rotary coupe (Mazda R130 coupe)
  • Mei 1970 – Pelancaran Mazda Capella Rotary (Mazda RX-2)
  • September 1971 – Pelancaran Mazda Savanna (Mazda RX-3)
  • November 1972 – Pelancaran Mazda Luce Rotary generasi kedua (Mazda RX-4)
  • Jun 1973 – Jumlah pengeluaran kenderaan dengan enjin rotari mencecah 500,000 unit
  • Februari 1974 – Pelancaran Mazda Capella Rotary generasi kedua (Mazda RX-2)
  • April 1974 – Pelancaran Mazda Rotary Pickup (REPU) di Amerika Utara
  • Julai 1974 – Pelancaran Mazda Parkway Rotary 26 
  • April 1975 – Pelancaran Mazda Roadpacer AP
  • Oktober 1975 – Pelancaran Mazda Cosmo AP (Mazda RX-5) generasi kedua
  • Oktober 1977 – Pelancaran Mazda Luce (Mazda 929L) generasi ketiga
  • Mac 1978 – Pelancaran Mazda Savanna RX-7 (Mazda RX-7) generasi pertama
  • November 1978 – Jumlah pengeluaran kenderaan dengan enjin rotari mencecah 1,000,000 unit
  • November 1981 – Pelancaran Mazda Cosmo generasi ketiga dan Luce Rotary (Mazda 929) generasi keempat
  • Oktober 1985 – Pelancaran Mazda Savanna RX-7 (Mazda RX-7)  generasi kedua
  • April 1986 – Jumlah pengeluaran kenderaan dengan enjin rotari mencecah 1,500,000 unit
  • September 1986 – Pelancaran Mazda Luce (Mazda 929) generasi kelima
  • April 1990 – Pelancaran Mazda Cosmo (Eunos Cosmo) generasi keempat dengan enjin rotari tiga rotor
  • Jun 1991 – Mazda 787B menang 24 Jam Le Mans
  • Disember 1991 – Pelancaran Mazda RX-7 (ɛ̃fini RX-7) generasi ketiga
  • April 2002 – Pelancaran edisi terhad Mazda RX-7 Spirit R
  • April 2002- Pelancaran Mazda RX-8
  • November 2011 – Pelancaran edisi istimewa Mazda RX-8 Sprit R
  • Jun 2012 – Pengeluaran Mazda RX-8 ditamatkan
  • Jun 2023- Pengeluaran Mazda MX-30 e-SKYACTIV R-EV bermula
  • Oktober 2023 – Jumlah pengeluaran kenderaan dengan enjin rotari mencecah 2,000,000 unit

BACA : MAZDA3 – ALKISAH 20 TAHUN PERJALANANNYA

BACA : KENAPA MAZDA BANGUNKAN ENJIN 6 SILINDER SEBARIS? HILANG AKAL KE?

BACA : MAZDA2 HYBRID 2024, MUKA DEPAN BERBEZA DARIPADA TOYOTA YARIS!

BACA: MAZDA CARBON TURBO, EDISI ISTIMEWA UNTUK MODEL TURBO (MAAF, TAK ADA MX-5)

Google ads
Back to top button