Buletin

#IKLANPILIHAN. TOYOTA YARIS GRMN. RM188K JE!

Jualan jentera GR Yaris yang baharu sahaja meluncur dalam pasaran tempatan mendapat tempahan di luar jangka UMW Toyota Motor.

Bahkan, model dibikin sebanyak 25,000 unit untuk pasaran seluruh dunia itu hanya didatangkan sebanyak 200 unit di Malaysia menjadi buah mulut para peminat automotif negara ini.

GR Yaris didatangkan dengan tag harga bermula RM299,000 merupakan sebuah kereta World Rally Championship (WRC) yang dibina untuk jalan raya.

Selain menjadi satu-satunya kereta WRC sah yang boleh dibeli untuk tujuan bukan perlumbaan.

Bagaimanapun, sebelum kelahiran GR Yaris, terdapat sebuah varian Yaris hatchback berprestasi tinggi dikenali sebagai  Yaris GRMN.

Jentera tersebut membuat penampilan sulung pada 7 Mac 2017 di Geneva Motor Show 2017.

Mungkin ada bertanya apa makna GRMN?

Ia membawa maksud Gazoo Racing Masters of the Nurburgring, merupakan ‘anak’ kelahiran litar Nurburgring di Jerman.

Bukan calang-calang kereta tersebut, dilengkapi enjin empat silinder supercharged bersesaran 1.8 liter dengan transmisi manual enam kelajuan.

Jentera sporty itu mampu ia mampu menjana kuasa mencecah 205 hp dan memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam tempoh masa 6.5 saat sahaja. Siapa kata tak power kereta ni.

Mungkin ada yang ingin mendapatkan Yaris GRMN. Jangan risau jentera berkenaan boleh didapati di negara ini.

Dalam hantaran laman Facebook Mohd Khairul MK, jentera tersebut boleh didapati dengan melayari FB Go Daddy Motorsport.

Menurut Mohd Khairul MK lagi  “Jika GR Yaris WRC berharga hampir RM300,000 dan dengar dengar dah nak habis tetapi Yaris GRMN akan diimport oleh Go Daddy Motorsport berharga dalam lingkungan RM188,000 sahaja.

“Apa? RM188,000…!!! Baik beli…..Tuan tuan, di Go Daddy kami tak layan kluster “Baik Beli….” ni.

“Setiap jenis kenderaan, ada pembeli dan peminatnya. Yang berminat dengan Yaris GRMN ni adalah pure enthusiast yang tahu serta faham nilai yang dibayar dengan apa nikmat yang dapat semasa memandu.

“Saja sembang kereta hari ni, takut orang lupa kita jual kereta. Minat boleh pergi page Go Daddy, kat sana ada no tel boleh hubungi,” katanya. – FB Mohd Khairul MK/Toyota Gazoo Racing

Google ads
Back to top button