Buletin

TERLAJAK LARIS, PEMBELI TOYOTA LAND CRUISER 300 KENA TUNGGU SEHINGGA 4 TAHUN

Minat pembeli terhadap Toyota Land Cruiser 300 baharu sememangnya cukup tinggi di seluruh dunia. Perkembangan itu menyebabkan Toyota terpaksa mengambil masa sehingga empat tahun untuk memenuhi permintaan sedia ada terhadap beberapa varian. 

Sejak dilancarkan pada Ogos lalu, Toyota sudah menerima 20,000 tempahan. Angka itu merupakan 400 peratus melebihi kapasiti pengeluarannya di Jepun. Dengan 90 peratus pembeli di sana memilih varian ZX dan GR Sport, tempoh penyerahan SUV tersebut nampaknya akan menjadi lebih lama. 

Lebih memburukkan keadaan, Toyota tidak menghasilkan Land Cruiser pada Ogos dan September kerana kekurangan alat ganti, terutamanya chip. Keadaan diburukkan lagi dengan masalah pandemik yang masih belum reda menyebabkan kilang di Jepun terpaksa dihentikan operasinya. 

Sebelum kilang ditutup, Toyota anya sempat menyerahkan 5,000 unit Land Cruiser 300 kepada pelanggan. 

Masalah tersebut bukan berlaku di Jepun sahaja, tetapi di seluruh dunia. Sebagai contoh, pengedar di Australia hanya menerima model demo dan unit jualan hanya akan tiba beberapa bulan lagi. 

Ini bukanlah kali pertama Land Cruiser menerima tempahan luar jangkaan. Pada Ogos lalu, Toyota melaporkan bahawa permintaan sudah cukup tinggi dan memerlukan masa setahun untuk dipenuhi.    

Google ads
Back to top button