Motosikal

TRIUMPH STREET SCRAMBLER 2019 – BERMULA RM64,900 SEUNIT

Mula dilancarkan pada tahun 2017, Street Scrambler yang lasak dan versatil ini merupakan antara moden klasik tulen Triumph paling digemari.

Street Scrambler 2019 dilihat membawakan dimensi baharu dalam prestasi menerusi peningkatan kuasa, spesifikasi, teknologi termaju dan tahap kemasan yang cantik.

Ia menggunakan enjin 900cc mampu menjana 65PS pada 7,500rpm dan tork 80Nm, 18 lebih berkuasa peratus berbanding enjin sebelumnya. Rev juga ditingkatkan sebanyak 5,000rpm.

Sebagai sebuah jentera yang boleh dibawa ke laluan off-road, Street Scrambler dipasang dengan tayar dual purpose. Berbeza dengan model terdahulu, jentera ini dlengkapi ciri Torque Asist Clutch dan lampu belakang LED.

Sama seperti Street Twin baharu, jentera ini turut dipasang dengan angkup brek depan Brembo 4 omboh.

Ciri-ciri baru Street Scrambler 2019:

  1. Mod tunggangan Road, Rain dan Off-Road – Mode Road dan Rain melaras tetapan kawalan map pendikit dan kawalan cengkaman. Mod Off-Road yang baharu menyahaktifkan terus ABS dan Kawalan Cengkaman. Ia bagaimanapun boleh diaktifkan semula ketika menunggang menekan butang mode selama 1 saat
  2. Kawalan cengkaman boleh laras – Mengoptimumkan penghantaran tork. Istem ini dimatikan secara berasingan menggunakan menu peralatan atau dinyahaktifkan sekali dengan ABS apabila memilih mode ‘Off-Road’
  3. ABS boleh laras – Ciri unik yang mencerminkan keupayaan sebenar Street Scrambler. ABS akan dimatikan apabila mode tunggangan Off-Road dipilih.

Street Scrambler 2019 hadir dalam pilihan warna Fusion White, Cranberry Red dan Khaki Green dengan Matt Aluminium.

Jika berminat, anda boleh memiliki Street Scrambler pada pada harga bermula RM64,9000 seunit.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button