Motosikal

HONDA JALIN KERJASAMA DENGAN GRAB

Pengeluar terbesar motosikal di dunia, Honda Motor Company dilapor telah menjadi pelabur strategik kepada Grab, yang merupakan penyedia aplikasi perkongsian kenderaan paling besar di Asia Tenggara.

Kerjasama di antara Honda dan Grab merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan operasi Grab di rantau ini. Grab kini sudahpun menawarkan perkhidmatan sama menggunakan motosikal yang dipelopori oleh pasaran Indonesia, dikenali sebagai Go-Jek.

grabbike-honda-mekanika

Grab yang dikatakan bernilai AS3$3 bilion (RM12 bilion) kini merancang untuk memulakan perkhidmatan GrabBike melangkaui tiga pasaran yang ditawarkannya sekarang iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam. Grab kini beroperasi di 34 buah bandar, melibatkan enam negara.

“Motosikal ialah segmen kami yang paling pantas berkembang. Ia menjadi segmen paling penting untuk kami terus berkembang,” kata Presiden Grab, Ming Maa.

grabbike-honda-mekanika

Ia menjadi pelaburan pertama Honda ke atas syarikat penyedia perkongsian kenderaan. Menurut jurucakapnya, Honda akan menggunakan teknologi untuk mengurangkan kesesakan jalan raya dan emisi menerusi motosikal yang lebih mesra alam.

Penjualan motosikal Honda kepada pengendali Grab juga sedang dalam perbincangan dan menjadi sebahagian daripada perjanjian tersebut. Honda juga dilapor akan memberi fokus kepada peralatan telematik dan keselamatan.

Mulai September, Grab dikatakan menggunakan telematik pada teksi motosikalnya di Jakarta untuk mengurangkan kelajuan dan meningkatkan keselamatan penunggang serta pembonceng.

Google ads
Back to top button