
VESPA GTS 300 TIBA DI PASARAN MALAYSIA – DUA VARIAN, 23.8HP, HARGA BERMULA RM32K SEUNIT
Didi Group, pengedar sah jenama Vespa di Malaysia secara rasminya memperkenalkan Vespa GTS 300 baharu. Vespa GTS 300 tiba dalam dua varian iaitu GTS SuperSport dan GTS SuperTech.
Rangkaian Vespa GTS baharu didatangkan dengan peralatan standard dan setiap satunya mempunyai semangat tersendiri.

Vespa GTS SuperSport tersedia dalam empat pilihan warna, terdiri daripada Orange Tramonto AX, White Innocenza BR, Black Opaco Matt NS, dan Green Olive Matt V06.
Sementara, GTS SuperTech pula dibezakan dari kemasan krom satin, rim berwarna graphite dengan kemasan berlian, dan grafik badan Grey Quarzo Matt G27 dan Blue Deep D13.
Untuk rekod, semua versi Vespa GTS Super didatangkan bersama keyless ignition serta dilengkapi aplikasi Vespa MIA dengan fungsi ketersambungan telefon pintar.
Kedua-dua varian ini dipacu oleh enjin 278cc silinder-tunggal, empat injap dan suntikan elektronik, berupaya menghasilkan 23.8hp dan 26Nm tork yang disalurkan ke roda belakang melalui transmisi CVT.
Rangkaian Vespa GTS 300 kini tersedia dengan harga jualan RM32,900 (Vespa GTS 300 SuperSport) dan Vespa GTS 300 SuperTech bermula daripada RM36,900.
GALERI:



