VESPA X JUSTIN BIEBER. AKSESORI EKSKLUSIF, RM28K SEUNIT
DIDI Group melancarkan model eksklusif iaitu VESPA X JUSTIN BIEBER yang menampilkan rekaan pilihan peribadi penyanyi pop, Justin Bieber.
VESPA meneruskan legasi berkolaborasi bersama jenama popular seperti Christian Dior, Giorgoni Armani, Sean Wotherspoon.
VESPA X JUSTIN BIEBER menggunakan platform Vespa Sprint. Ia datang dengan pilihan warna putih mutiara dengan padanan corak grafik berapi di bahagian panel tepi, fender dan mud guard. Rim, cermin sisi dan pelindung ekzos juga digayakan dengan warna putih.
VESPA X JUSTIN BIEBER dikuasakan oleh enjin 150cc, selain unit lampu utama berpetak LED, skrin paparan TFT berwarna penuh dengan sokongan sambungan ke peranti pintar, serta rim bersaiz 12 inci.
Edisi terhad eksklusif itu turut dilengkapi aksesori seperti beg, sepasang sarung tangan dan topi keledar putih lengkap dengan tulisan “Justin spin”, selain grafik api yang menjadikan Vespa ini lebih cool!
Harga jualan JUSTIN BIEBER X VESPA ialah RM28,000 termasuk flyscreen dan topbox putih dengan penyandar sokongan belakang.
GALERI:
- BACA: MOTOPLEX PETALING JAYA RASMI DIBUKA. TAWAR JENTERA PIAGGIO, VESPA, APRILIA DAN MOTO GUZZI
- BACA: ONE MOTO ELECTA SKUTER ELEKTRIK REKAAN KLASIK. ‘KEMBAR’ VESPA?
- BACA: BELI VESPA SECARA DALAM TALIAN. ANSURAN MUDAH 0% SEHINGGA 3 TAHUN. BERMULA RM475 SEBULAN
- BACA: VESPA SPRINT S TFT EDITION. KETERSAMBUNGAN VESPA MIA, 2 WARNA MENARIK, RM19.9K SEUNIT