
VETERAN PERANG TERIMA FORD MUSTANG 2018 DARIPADA DUTA FORD, THE ROCK!
Seorang veteran perang Amerika Syarikat, Marlene Rodriguez menerima kejutan terindah dalam hidupnya apabila dihadiahkan sebuah Ford Mustang 2018 berwarna kuning.
Lebih menarik lagi, hadiah itu disampaikan oleh atlet gusti dan pelakon terkenal, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa The Rock ialah duta jenama Ford Motor Company.
Rodriguez dipilih sebagai penerima Anugerah Go Further di atas jasanya berkhidmat selama bertahun-tahun dalam pasukan tentera. Sedia maklum bahawa orang Amerika memang memandang tinggi bekas tentera atau atau dipanggil sebagai veteran perang itu.
BACA: LELAKI 97 TAHUN INI PEMILIK FORD MUSTANG PALING OTAI DI DUNIA
Menurut The Rock, dia dan Ford telah menyenarai pendek veteran AS. Akhirnya, dia memilih Rodriguez yang juga penerima anugerah Purple Heart pada tahun 2013. Rodriguez pernah bertugas di Korea sebelum menawarkan diri untuk pergi ke di Iraq.
Di Iraq, Rodriguez mengalami kecederaan akibat terkena bom. Berikutan insiden itu, dia mengalami kecederaan otak yang menyebabkan masalah sawan. Selain terpaksa berdepan tekanan pasca perang yang kronik. Oleh kerana kecederaan itu, dia bersara daripada pasukan tentera pada tahun 2009.
“Kenapa saya? Saya tidak layak untuk menerima semua ini,” kata Marlene yang merupakan peminat tegar Mustang dan The Rock.
“Kenapa? Sebab rasa hormat kami terhadap anda dan semua tentera yang telah berkorban demi negara. Ini hanya satu cara yang kecil untuk kami mengucapkan terima kasih kepada anda semua.
BACA: FORD RANGER 3.2 EDISI TERHAD VALENTINO ROSSI – VR I 46
“Anda juga boleh pergi menonton perlawanan Dodger dengan Mustang yang hebat ini,” balas The Rock dalam satu klip video berdurasi hampir tujuh minit yang dirakam oleh pihak Seven Bucks Productions..
Pada masa yang sama, The Rock juga memberikan Marlene tiket untuk tayangan perdana filem terbaharunya, Baywatch.
Haih… nape tiba-tiba masuk habuk pulak mata abang Japar ni… Ahh, korang tengok sendiri lah video ni.
Kredit foto/video: FB/YouTube The Rock