" "
Buletin

VOKALIS METALLICA BIKIN BUKU COFFEE TABLE, KISAH RESTORASI KERETA KLASIK

Siapa tidak kenal dengan figura bernama James Hefield. Lontaran suara dalam lagu seperti Fade to Black, Enter Sandman, Nothing Else Matters, Sad But True, Unforgiven dan banyak lagi memukau jutaan peminat di seluruh dunia.

Di sebalik kejayaan dalam bidang muzik, vokalis utama kumpulan Metallica ini mempunyai hobi modifikasi dan mengumpul kereta klasik.

Terbaharu, lelaki berusia 56 tahun itu akan melancarkan buku bertajuk Reclaimed Rust: The Four-Wheeled Creations Of James Hetfield. Buku dengan 192 muka surat tersebut akan berada di pasaran pada 28 Julai depan.

Ia menceritakan bagaimana Hetfield melakukan restorasi terhadap kereta-kereta klasik miliknya dengan menggunakan khidmat jurugambar terkenal, Scott Williamson.

Antara kereta yang direkodkan dalam buku itu termasuk Jaguar Black Pearl tahun 1948, Buick Skylark (Skyscraper-1953), Lincoln Zephyr  (Voodoo Priest-1937), Auburn (Slowburn-1936) dan banyak lagi.

“Reclaimed Rust umpama gitar lama, masih ‘bernyawa’ dan menunggu seseorang untuk memetiknya sekali gus hidup kembali. Saya telah melakukan perkara sama terhadap kereta-kereta ini.

“Saya melihat banyak kereta yang terbiar di Kansas. Lalu saya berfikir. ia pasti mempunyai cerita tersendiri dan ingin ‘menghidupkan’ semula kereta-kereta ini,” jelas Hetfield. – Louder.

Google ads
Back to top button