
VOLVO CAR MALAYSIA LANJUTKAN DATA PERCUMA SETAHUN LAGI UNTUK PEMILIK MY22–23
Volvo Car Malaysia mengumumkan lanjutan setahun untuk perkhidmatan Volvo Car Connect Plus – sekali gus memastikan pemilik model tahun 2022 dan 2023 terus menikmati akses data percuma apabila langganan asal mereka tamat.
Tawaran ini diselaraskan dengan pakej lima tahun data percuma yang dibekalkan untuk model tahun terkini.
Volvo Car Connect Plus ialah pakej data yang menggerakkan ciri-ciri kenderaan Google built-in seperti penstriman tanpa tether, kemas kini perisian over-the-air (OTA) serta integrasi penuh sistem Google – termasuk Google Assistant, Maps dan Play Store.
Apabila generasi pertama model Volvo berasaskan CMA dan SPA1 diperkenalkan, pelanggan menerima empat tahun data percuma.

Mulai MY2024, tempoh itu meningkat kepada lima tahun dan kini Volvo turut menghargai kumpulan awal pembeli dengan menyelaraskan manfaat berkenaan.
Menariknya, lanjutan ini berlaku secara automatik tanpa perlu ke pusat servis, kemas kini perisian atau menukar SIM.
Antara model terlibat termasuk XC40 Recharge Pure Electric, XC60 dan XC60 Recharge (MY22), diikuti C40, XC40/Recharge, XC60/Recharge, XC90/Recharge, S60/S90 Recharge serta V60 Recharge bagi MY23.
Menurut Sun Qian dari Volvo Cars APeC, langganan data percuma ini membolehkan pemilik kekal menikmati kemudahan kereta pintar Volvo – dari arahan suara “Hey Google” hinggalah kawalan ciri kabin.
Lanjutan Connect Plus juga semakin penting untuk rangkaian EV baharu Volvo seperti EX90, ES90 dan EX60 yang bergantung kepada pemprosesan data dan pembelajaran mesin untuk fungsi keselamatan serta pemanduan autonomi lebih maju.
Memandangkan langganan ini disandarkan kepada kenderaan dan bukannya pemilik, baki tempoh serta kuota data turut berpindah kepada pembeli seterusnya, sesuatu yang turut menguntungkan nilai jualan semula.
- BACA: XPENG MEMASUKI ERA BAHARU ‘PHYSICAL AI’, PERKENAL MODEL VLA 2.0 DAN BARISAN PRODUK PINTAR
- BACA: PUSAT 3S LEAPMOTOR IPOH DIBUKA SECARA RASMI
- BACA: BENELLI GANTI TRK 502 X DENGAN TRK 602 X – 56HP, 54NM
- BACA: WRC 2025 – SEBASTIEN OGIER MENANG DI FORUM8 RALLY JAPAN DAN PELUANG JUARA WRC BUAT KALI KESEMBILAN SEMAKIN CERAH








