Buletin

VW ARTEON SAH DIPERKENALKAN TAHUN INI, PASSAT FACELIFT PUN SAMA

Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan sedan Arteon ke pasaran tempatan pada separuh kedua tahun ini. 

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter dalam satu sesi ‘round table’ di ibu pejabat VPCM di Bangsar, Kuala Lumpur. Winter juga memberitahu bahawa versi facelift Passat akan dilancarkan. 

Menjadi pengganti kepada model CC, Arteon sememangnya mencuri perhatian ramai dengan rekaan fastback yang sporty dan kemas. 

Bergantung kepada pasaran, Arteon didatangkan dalam banyak pilihan enjin. Antaranya ialah TsI 1.5 liter, TSI 2.0 liter (berkuasa 280PS dan 350PS) serta enjin diesel 2.0 TDL yang semuanya menawarkan output kuasa berbeza. 

Enjin-enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar DSG tujuh kelajuan atau manual enam kalajuan. Kuasa disalurkan ke keempat-empat roda menerusi sistem pacuan 4Motion. 

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Passat B8 facelift pula akan menggantikan model sedia ada yang dipasang di kilang Volkswagen sejak tahun 2016.

Passat versi pasaran Eropah yang telah diperkenalkan pada awal tahun lalu itu menerima banyak penambahbaikan terutama pada bahagian hadapannya.

Sedan itu berkemungkinan besar akan terus menggunakan enjin sedia ada iaitu 1.8L TSI dan 2.0 TSI.  Bagaimanapun, perincian mengenai teknologi baru, susun atur atau ciri yang ada di dalam kabin masih tidak didedahkan. 

Kita pakat tunggu sahajalah..  

Tags
Google ads
Back to top button