Buletin

FBI SIASAT ‘IRON MAN’ TERBANG DI LAX

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) melancarkan siasatan berhubung dakwaan beberapa juruterbang mengenai laporan terdapat individu mengggunakan jetpack berterbangan di Lapangan Terbang Antabangsa Los Angeles (LAX).

“FBI sedar mengenai laporan dibuat oleh beberapa juruterbang pada Ahad lalu dan kini berusaha untuk menentukan apakah yang terjadi (pada hari tersebut),” kata jurucakap lapangan terbang tersebut, Laura Eimiller menerusi satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya dua kru pesawat komersial yang mendekati lapangan terbang itu melaporkan seorang individu menggunakan jetpack sedang berada di udara berdekatan laluan ketibaan penerbangan.

“Menara (kawalan) American 1997, kami baru melepasi seorang lelaki yang memakai jetpack,” kata seorang juruterbang American Airlines semasa dia mendekati LAX menerusi transmisi radio.

Juruterbang itu berkata, individu yang memakai jetpack itu dikesan berada 275 meter jauhnya di kiri pesawat tersebut dan terbang pada ketinggian 915 meter.

Seorang lagi juruterbang daripada syarikat penerbangan komersial lain didengar berkata memberitahu baharu sahaja melihat seorang lelaki yang memakai jetpack melepasi kapal terbang mereka.

Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu. – agensi

Google ads
Back to top button