
Buletin
WANITA BELI KERETA, HASIL MENABUNG SELAMA 5 TAHUN
Usaha seorang wanita menabung selama lima tahun membuahkan hasil apabila dapat membeli kereta jenis Toyota secara tunai di Bulukumba, Sulawesi Selatan, Indonesia.
Melalui rakaman video dikongsi laman Instagram @makassar_iinfo, terdapat beberapa pekerja pusat pengedar kenderaan sedang mengira wang diletakkan di dalam beberapa buah kotak dan bekas plastik.

“Salah satu warga Bulukumba melakukan pembeliaan satu buah unit toyota dari hasil menabung dalam jangka waktu 5 tahun,” terang video berkenaan.
Wanita tersebut turut dikelilingi pekerja pusat pengedar ketika urusan pembelian itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan model kenderaan yang dibeli wanita berkenaan. –otosia
- BACA: BELI YAMAHA NMAX BERNILAI RM8,742, GUNA 31 BEG PLASTIK BERISI SYILING
- BACA: JUAL NISSAN GTR35, HENDAK BIAYAI KERJA AMAL. 3 MINIT ORANG DAH BELI, RESPEK BRO NI!!!
- BACA: GUNA SYILING SEBERAT 43 KG BELI HONDA SCOOPY
- BACA: 7 SAMDOL BELI LAMBORGHINI DAN PORSCHE DITAHAN – SALAH GUNA PINJAMAN BANTUAN COVID-19