Buletin

WILLIAMS PERTIMBANG JUAL PASUKAN F1

Williams dilapor sedang menimbang untuk menjual pasukan Formula One yang kini sedang bergelut sebagai sebahagian daripada penilaian strategiknya. 

Williams Grand Prix Holdings (WGPH) dalam laporan 2019 menunjukkan perolehan F1 jatuh sebanyak AS$117.6 juta (RM511 juta) pada tahun 2019, berbanding AS$161.3 juta (RM701 juta) tahun sebelumnya. 

Antara pilihan yang sedang dipertimbangkan  adalah mendapatkan modal baharu, menjual saham minoriti atau majoriti dalam MGPH. Selain potensi menjual keseluruhan syarikat.  Syarikat telah melantik Allen&Co and Lazard sebagai perunding kewangan bersama untuk membantu dalam melaksanakan penilaian strategik serta prsesj penjualan formal. 

“Buat masa sekarang, syarikat tidak menerima sebarang tawaran. Kami bagaimanapun mengesahkan sedang dalam peringkat awal perbincangan dengan sejumlah pihak yang berminat untuk melabur,” kata Williams dalam satu kenyataan. 

Kali terakhir pasukan Williams memenangi kejohanan adalah pada tahun 1997 menerusi pelumba Kanada, Jacques Villeneuve. Ia juga tidak pernah menang dalam sebarang perlumbaan sejak tahun 2012. 

Pada tahun 2019, Williams berada di kedudukan terakhir dengan pelumba Poland, Robert Kubica. Tahap kewangannya semakin merudum akibat prestasi di litar yang tidak memberangsangkan. Pandemik COVID-19 nyata memburukkan lagi keadaan. 

Minggu lalu, Williams mengumumkan telah menghantar notis menamatkan kerjasama dengan rakan perniagaannya, ROKiT dan penaja utama ROK Drinks. 

Pasukan yang menghentikan sementara para pekerjnya menyatakan ia masih mempunyai dana dan bersedia untuk berlumba apabila keadaan mengizinkan. Formula 1 merancang untuk memulakan perlumbaan musim ini pada Julai depan. 

Google ads
Back to top button