Buletin

WRC 2021 – SEBASTIAN OGIER MENANG DI CROATIA

Selepas berehat beberapa ketika, perlumbaan WRC kembali bersambung dengan pemandu handalan pasukan Toyota Gazoo merangkap penyandang juara World Rally Championship (WRC) 2020, Sebastian Ogier berjaya memenangi perlumbaan di Croatia Rally pada hujung minggu yang lalu.

Kemenangan pemandu Perancis ini dilihat cukup bermakna apabila berjaya mengungguli saingan semenjak hari pertama lagi. Malah kemenangan ini lebih bermakna apabila berjaya mengenepikan saingan dari Elfyn Evans yang berjaya memberikan saingan yang sengit hingga ke kilometer terakhir dan hanya ketinggalan 0.6 saat sahaja di tempat kedua. Cumanya, kemenangan Sebastian Ogier ini sedikit tercemar dengan kontroversi kemalangan di jalanraya utama apabila beliau berlanggar dengan sebuah kenderaan awam sewaktu dalam proses untuk memulakan SS 17. Akibat daripada perlanggaran itu, jentera Yaris WRC beliau mengalami sedikit remuk di bahagian pintu kanan serta merosakan pakej aerodinamik pada jentera.

Mujur tidak membabitkan kehilangan nyawa. Ok lah, kena saman sahaja si Sebastian Ogier sebab gagal memberikan isyarat membelok. Namun hukuman yang diterima oleh FIA mungkin lebih memeritkan apabila beliau bakal digantung selama 6 bulan, sekali gus menjejaskan misi untuk mengekalkan kejuaraan WRC musim ini.

Kemenangan 1 – 2 pasukan Toyota Gazoo di Croatia ini barangkali suatu perkhabaran yang cukup mendukacitakan buat pasukan Hyundai Shell Mobis. Mujur juga Thierry Neuville berjaya menduduki tempat ketiga dan hanya ketinggalan 8.1 saat dari kedudukan Sebastian Ogier. Sebetulnya jika Thierry Neuville tidak melakukan kesilapan dengan pemilihan tayar hingga sedikit terbabas serta kesilapan terlepas simpang pada peringkat terakhir, pasti kejuaraan kali ini dalam tangan.

Pun begitu, seorang lagi rakan sepasukan beliau Ott Tanak juga akur untuk berada di tempat keempat keseluruhan. Kira oklah, sebab masih berupaya mengutip mata penting untuk pasukan.

Pusingan di Croatia ini juga menyaksikan debut pemandu muda Adrien Fourmaux yang memandu jentera Ford Fiesta WRC buat pertama kali yang menyaksikan beliau menamatkan aksi di tempat kelima keseluruhan. Suatu pencapaian yang agak memberangsangkan. Musim lalu, Adrien Fourmaux 25 tahun hanya beraksi dalam kelas kedua dengan memandu jentera Ford Fiesta R5 Mk.II

Seorang lagi pemandu muda, Takamoto Katsuta yang memandu untuk Toyota Gazoo Racing turut menampilkan aksi konsisten apabila berjaya menamatkan di tempat keenam. Malah, catatan masa beliau juga agak baik sebenarnya, cuma beliau menghadapi masalah brek yang menjejaskan peluang untuk mencipta masa lebih pantas.

Kedudukan Mata Pemandu

  1. Sebastian Ogier – 61 mata
  2. Thierry Neuville – 53 mata
  3. Elfyn Evans – 51 Mata

Kedudukan Mata Pengeluar

  1. Toyota Gazoo Racing – 138 mata
  2. Hyundai Shell Mobis – 111 mata
  3. M-Sport Ford – 42 mata

BACA : WRC 2021 – SEBASTIAN OGIER JUARA DI MONTE CARLO

BACA : WRC 2021 – OTT TANAK KEMBALI MENANG DI ARCTIC RALLY FINLAND

Google ads

B K

Back to top button