Buletin

WRC 2021 – TOYOTA DAN HYUNDAI MULA MENAYANGKAN REKAAN GRAFIK BAHARU

Pusingan pembukaan WRC 2021 bakal berlangsung pada hujung minggu ini. Maka persiapan rapi sedang giat dijalankan oleh pasukan pasukan utama. Dan untuk itu, pasukan Toyota telah pun menayangkan rekaan grafik baharu untuk digunakan pada Yaris WRC bagi menghadapi saingan musim 2021.

Setelah dua musim tanpa perubahan grafik, Toyota memperkenalkan rupa yang baharu dan lebih segar bersama pelekat penaja baharu DMG Mori di badan jentera Yaris WRC bagi menggantikan pelekat Microsoft sebelumnya. Rekaan grafik baharu ini bakal digunakan buat pertama kali ketika perlumbaan hujung minggu ini bersama barisan pemandu handalan yang bakal diketuai Sebastian Ogier, Elfyn Evans dan juga pemandu muda Finland, Kalle Rovanperä.

Dan bermula musim 2021 ini, pasukan Toyota bakal membariskan empat jentera dengan pemandu Jepun Takamoto Katsuta bakal beraksi penuh untuk musim ini. Jelas sekali perubahan ini walaupun nampak sedikit berbeza, tapi sebenarnya livery Yaris WRC 2021 ini mempunyai tema yang serupa dengan jentera GR010 Hybrid. Nampak lebih garang dengan rupa yang sememangnya nampak garang.

Sementara itu, pasukan Hyundai juga turut memaparkan grafikbaharu bagi musim 2021 bagi menandakan penglibatan mereka buat musim ke lapan berturut – turut setelah membuat kemunculan semula pada tahun 2014. Cumanya penampilan jentera i20 WRC bagi musim 2021 ini hampir tiada perubahan ketara, cuma lebih kepada perubahan kecil membabitkan rekaan grafik terhadap corak celoreng warna biru gelap dan merah pada badan jentera. Malah, warna rim juga telah diubah kepada merah di hadapan dan warna biru gelap di belakang, berbeza pada tahun sebelumnya.

Sudah tentu musim ini pasukan Hyundai tekad untuk mempertahankan kejuaraan bagi kategori Pembuat musim musim ketiga berturut – turut bersama barisan pemandu diketuai Ott Tanak, Thierry Neuville, dan juga Dani Sordo yang bakal berkongsi jentera ketiga bersama Craig Breen.

Cumanya persiapan pasukan Hyundai sedikit terganggu apabila pemandu Thierry Neuville mengumumkan bakal berpisah bersama Juruarah Nicolas Gilsoul setelah sekian lama bersama. Untuk perlumbaan di Monte-Carlo, beliau bakal memilih rakan senegara Martin Wydaeghe yang juga sebenarnya bukanlah asing bersama pasukan Hyundai apabila mereka pernah bersama semenjak dari tahun 2016 lagi sebagai Pemandu Pembangunan.

BACA : WRC 2021 – SEBASTIAN OGIER SAH SAMBUNG SETAHUN LAGI BERSAMA TOYOTA

BACA : WRC 2021 – M-SPORT FORD BERSAMA PEMANDU MUDA

Google ads

B K

Back to top button