Buletin

WRC 2022 – CROATIA RALLY. APA YANG MENARIK

Setelah berehat seketika, kempen World Rally Championship (WRC) 2022 bakal kembali bersambung saingannya dengan Croatia Rally bakal menjadi tuan rumah untuk pusingan ketiga dalam kalendar WRC 2022 ini pada hujung bulan April nanti. Jom kita ikuti apa yang menariknya tentanf Croatia Rally 2022 ini.

  • Croatia Rally ini juga merupakan venue pertama untuk permukaan aspal bagi musim ini. Ini sudah tentu akan menyajikan suatu perlumbaan yang cukup pantas dan laju buat pemandu
  • Tahun ini merupakan tahun kedua penganjuran Croatia Rally dalam kalendar WRC setelah pertama kalinya menganjurkannya pada tahun 2021.
  • Negara Croatia merupakan negara yang ke 34 diberikan peluang untuk menganjurkan perlumbaan WRC ketika pengumuman dibuat sekitar Oktober 2020.
  • Perlepasan & penamat untuk perlumbaan Rally Croatia ini bakal diadakan di Ibu Kota Zagreb dan bakal melewati perkarangan Kota Zagreb meliputi jarak hampir 300 km.
  • Juara sulung Croatia Rally adalah milik Sebastian Ogier bersama pasangan Julien Ingrassia yang memandu untuk pasukan Toyota Gazoo Racing namun beliau tidak berpeluang untuk mempertahankannya disebabkan musim 2022 Sebastian Ogier hanya berlumba secara separuh masa sahaja bersama pasukan Toyota musim ini.
  • Sebelum menyertai WRC, Croatia Rally terlebih dahulu menyertai kalendar European Rally Championship (ERC) pada tahun 2007.
  • Untuk perlumbaan musim 2022 ini, pasukan Toyota Gazoo Racing bakal membariskan empat buah jentera, Elfyn Evans, Kalle Rovanpera, Takamoto Katsuta serta Esapekka Lappi. Esapekka Lappi bakal memandu jentera keempat.
  • Pasukan M-Sport Ford juga akan membariskan empat buah jentera yang bakal dipandu oleh Craig Breen, Andrien Fourmaux, Gus Greensmith serta Pierre-Louis Loubet yang baharu sahaja menyertai kem pasukan British ini.
  • Sementara itu kem pasukan Hyundai Shell Mobis pasti mengharapkan sesuatu yang lebih berbaik daripada dua perlumbaan awal sebelum ini, apatah lagi menurut Ott Tanak permukaan aspal merupakan kelemahan buat jentera Hyundai i20 N Rally1. Krew pasukan harus bekerja keras bagi memastikan jentera rali mereka dapat flat-out sewaktu di Croatia Rally nanti.

BACA : WRC 2022 – KALLE ROVANPERA MUNCUL JUARA BERSALJI

BACA : WRC 2022 – SEBASTIAN LOEB MUNCUL JUARA PEMBUKAAN DI MONTE-CARLO

Google ads

B K

"
"
Back to top button