Artikel PilihanModifikasi

YAMAHA EXCITER DOXOU 2019 – Y15ZR PALING PELIK DI DUNIA

Yamaha Vietnam sering menjadi tumpuan kerana mengeluarkan edisi-edisi luar biasa rupabentuk skema warnanya. Bagi peminat Yamaha di Malaysia khususnya model Y15ZR (Exciter) dan NVX, coverset Vietnam terus menjadi kegilaan dan permintaannya sentiasa tinggi.

Terbaru, Yamaha Vietnam melancarkan Edisi Doxou. Jika sebelum ini mereka “mengasingkan” skema dan livery Exciter dan NVX, kali ini, ia dilancarkan secara bersama.

BACA: EDISI SEMPENA 1 JUTA EXCITER VIETNAM

Diinspirasikan oleh Doxou – dalam bahasa Jepun bermaksud “kreatif” dan “mendahului gayahidup”, kali ini, ia tampil dengan gabungan warna yang lebih berani.

Lihat sahaja pada kombinasi rimnya. Buat pertama kali, roda aloi depan dan belakang digandingkan dengan warna berbeza. Bahagian hadapan, mendapat rim dengan “lining” biru, sementara roda belakang mendapat warna biru sepenuhnya.

Ia juga menampilkan gabungan warna badan yang errr… pelik? Ya. itulah yang kami rasa. Dengan warna merah seakan-akan emas dan digandingkan pula dengan warna biru matt.

Versi V2 ini bagaimanapun tidak menerima sebarang perubahan lain. Ia masih dikuasakan enjin SOHC 150cc 14.7 kuasa kuda. Perubahan yang boleh dilihat ialah versi V2 penuh berbanding model awal V1 yang dilancarkan pada 2015.

BACA: Y15ZR V2 DENGAN 6 CIRI BARU YANG MENARIK

GALERI

Google ads
Back to top button