Motosikal

HONDA & YAMAHA BAKAL MULAKAN KERJASAMA?

Ini berita yang jarang berlaku. Pesaing sengit sejak azali lagi dalam dunia motosikal, Honda dan Yamaha dilaporkan telah memulakan perbincangan untuk membentuk satu kerjasama.

Kerjasama itu bagi menghasilkan skuter kecil  “Class-1 category” dengan enjin 50cc atau motor elektrik khas untuk pasaran Jepun. Class-1 category merujuk kepada kenderaan beroda dua atau lebih dengan enjin berkuasa 50cc dan ke bawah atau output motor elektrik tidak melebihi 0.060kW.

Honda-GEAR-1994-mekanika

Berikutan jenis pengangkutan jarak dekat yang begitu variasi, termasuklah basikal dibantu kuasa dan kenderaan mini, pasaran kenderaan Class-1 category dilihat semakin mengecil di Jepun.

Malah, pengeluar motosikal kini berdepan pelbagai cabaran termasuklah perlu memenuhi pelbagai standard keselamatan dan emisi yang semakin ketat. Oleh itu, Honda dan Yamaha sedar bahawa kerjasama adalah perlu untuk menangani semua cabaran tersebut.

Yamaha-JogR-EU-mekanika

Pelan utama yang akan dibincangkan untuk kerjasama tersebut adalah:

  1. Membekalkan model-model skuter 50cc sebagai OEM (original equipment manufacturer)

Dengan sasaran sebelum akhir tahun 2018, Honda akan mula membekalkan model skuter 50cc yang dibangun berdasarkan kepada Honda TACT dan Giorno kepada Yamaha sebagai OEM. Yamaha kemudian akan menjual model tersebut bersama model Yamaha JOG dan Vino.

  1. Pembangunan bersama/pembekalan OEM model skuter 50cc generasi akan datang

Honda dan Yamaha kini membangun, menghasil dan menjual model skuter 50cc seperti Honda BENLY dan Yamaha GEAR. Jadi, kerjasama ini akan melihat aspek kebolehlaksanaan untuk pembangunan bersama dan pembekalan OEM daripada Honda kepada Yamaha bagi skuter generasi seterusnya.

  1. Kolaborasi untuk mempopularkan motosikal elektrik dalam Class-1 category

Untuk mempopularkan semula skuter kecil ini, Honda dan Yamaha akan melihat kepada peluang kerjasama dalam membentuk asas yang perlu bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh motosikal elektrik seperti jarak, tempoh mengecas, prestasi serta kos.

Honda-Giorno-mekanika

“Kami percaya dengan kerjasama yang dimulakan dengan pakatan OEM ini akan berkembang dan membentuk budaya motosikal di Jepun pada masa depan,” kata Pengarah dan Pegawai Pengurus Eksekutif Yamaha, Katsuaki Watanabe.

Google ads
Back to top button