
YAMAHA LANCAR SKUTER GRAND FILANO HYBRID CONNECTED DI INDONESIA. 2 VARIAN, BERMULA RM7.6K
Setelah Fazzio mendarat di pasaran Indonesia pada tahun lalu, kini terdapat satu lagi skuter hibrid dari Yamaha tiba di pasaran negara itu iaitu Yamaha Grand Filano Hybrid Connected. Jentera tersebut didatangkan dengan varian Neo dan Lux.
Grand Filano Hybrid Connected di pasaran Indonesia sebenarnya berasaskan model yang dipertingkat pada 2022 di Thailand. Ia tampil dengan semua lampu jenis LED, meter gabungan TFT serta LCD.
Lux tersedia dengan pilihan warna Lux White Pearl dan Lux Matte Blue. Sementara varian Neo, pelanggan boleh memilih empat warna iaitu Neo Dull Blue, Neo Red, Neo Beige atau Neo Black.

Grand Filano Hybrid Connected juga mempunyai ciri seperti ruang simpanan barang bawah tempat duduk seluas 27 liter, sistem kunci pintar, soket pengecas 12V, ruang poket barangan di depan, lampu kecemasan, perehat kaki yang lebar dan tangki bahan api berkapasiti 4.4 liter.
Tidak ketinggalan, ciri aplikasi Y-Connect yang boleh disambungkan melalui telefon pintar untuk memberikan maklumat tambahan kepada pengguna.
Apa yang agak mengecewakan ialah skuter itu hanya didatangkan dengan brek cakera di hadapan serta dram di belakang, tiasa sistem brek ABS. Rim bersaiz 12 inci dipadankan dengan tayar tanpa tiub bersaiz 110/70.
Skuter itu dijana oleh enjin satu silinder 125cc Bluecore, SOHC, pancitan bahan api yang mampu menghamburkan kuasa 8.2hp pada 6,500rpm dan tork 10.4Nm pada 5,000 rpm. Ia juga dibantu oleh Electric Power Assist Start dan dilengkapi sistem start/stop untuk lebih cekap.
Model berkenaan dilancarkan pada harga 27 juta rupiah (RM7,635) untuk varian Neo, manakala varian Lux dijual pada harga 27.5 juta rupiah (RM7,764). – Pandulaju
GALERI:















- BACA: SKUTER BANGSAWAN YAMAHA TMAX TECH MAX 2022 DILANCARKAN. 562CC, 46.9HP, BERMULA RM75K. 80 UNIT SUDAH HABIS DITEMPAH!
- BACA: YAMAHA LANCAR SKUTER ELEKTRIK NEO’S DI EROPAH. 37KM SEKALI CAJ, BOLEH TUKAR BATERI, BERMULA RM14K
- BACA: YAMAHA LANCAR SKUTER COMEL VINO 2022 DI JEPUN. 2 TONA, ENJIN 50CC, RM7,400 SAHAJA
- BACA: YAMAHA DEBUT SKUTER ELEKTRIK EMF DI PASARAN TAIWAN. HARGA BERMULA RM15,000 SEUNIT