Motosikal

YAMAHA NMAX SKUTER RASMI PADDOCK MOTOGP

Yamaha akan terus membekalkan skuter untuk kegunaan paddock MotoGP untuk beberapa tahun akan datang selepas menandatangani perjanjian bersama Dorna Sports.

Sebanyak 25 buah skuter NMAX 125 akan dibekalkan Yamaha untuk kegunaan staf dan pekerja-pekerja ketika kejohanan MotoGP berlangsung malah ia telah digunakan ketika kejohanan GP Portugal minggu lalu di litar Portimao.

Menurut Pengarah Pemasaran dan Sukan Permotoran Yamaha Motor Europe N.V., Paolo Pavesio, berkata, Yamaha telah menjadi pembekal rasmi skuter untuk Dorna Sports, dan FIM MotoGP World Championship sejak tahun 2005 dan berbangga kerjasama ini berterusan untuk tahun 2021.

“Dengan ciri-ciri yang ada pada NMAX 125 seperti ketangkasan, kestabilan, ruang storan yang besar serta DNA Yamaha.

“Ia telah menjadi model paling laris terjual di Eropah dan Asia, dan satu produk yang terbaik bagi memenuhi keperluan di paddock MotoGP,” katanya. – visordown

Google ads
Back to top button